Blue-T Kids

Kelab Sahabat Ana Muslim, Sayang Muslim & Blue-T Kids
 
HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  Log inLog in  

Share | 
 

 ~Dengarlah Wahai Insan Bergelar Wanita~

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
ana_sz
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts : 146
Age : 22
Localisation : rumahku syurgaku
Registration date : 27/07/2007

PostSubject: ~Dengarlah Wahai Insan Bergelar Wanita~   Sun Dec 09, 2007 9:34 pm

Wahai wanita tidak bertudung,

Sungguh cantik alunan rambut mu,

Bebas menggerbang kemas terikat,

Terserlah di bawah cahaya mentari,

Mentari dunia yang tak sehebat neraka,

Iaitu api yang kan membakar rambut mu,

di hari akhirat hari penentu,

maka hanguslah segalanya,

hilanglah cantik alun rambut mu,

tiada lagi yang menggerbang,

tiada lagi yang terserlah.

Oleh itu jadikanlah diri mu,

Sebahagian daripada wanita-wanita yang bertudung.

Wahai wanita yang bertudung,

Sungguh cantik alas kepala mu,

Ringkas pendek tersempang rapi,

Tersembul jambul tertutup dahi,

Terserlah lah bentuk tubuh,

Mengapa tidak dilindungi?

Rimaskah dengan tudung labuh ke dada?

Panaskah dengan pakaian sedemikian rupa?

Tidakkah kau ingat,

Kepanasan api neraka itu lagi hebat membakar,

Menjilat rentung kesemua mereka yang ingkar,

Mereka itu wanita yang tak bertudung,

Kau tidak ubah seperti mereka walau bertudung,

Oleh itu jadikanlah dirimu,

Sebahagian daripada mereka yang bertudung,

Bertudung labuh hingga ke paras dada.

Wahai wanita bertudung labuh,

Sungguh cantik terlindung rambut mu,

Sungguh ayu tertutup bentuk tubuhmu,

Yang terzahir jelas gaya kesopananmu,

Mengaburi segala yang tersirat di hati,

hanya diri sendiri yang menghakimi,

mungkin suci ikhlas kerana Illahi,

atau berdebu dengan sebab duniawi,

riak wajah nampak tawadhu’,

riak jiwa rupanya menunjuk-nunjuk,

alangkah ruginya andai benar begitu,

kerna azab masih tak terlepas dari mu,

serupalah sahaja diri mu ditunggu,

diseksa tidak ubah seperti wanita tak bertudung,

sama dengan mereka yang menyempang tudung,

oleh itu jadikanlah dirimu,

sebahagian daripada mereka yang bertudung,

bertudung labuh hingga ke paras dada,

tersemat jua bersamanya rasa taqwa.

Wahai wanita yang bertaqwa,

Andai kau telah sampai ke tahap ini,

Dengan akhlak mahmudah terpahat di hati,

Syariat islam sebati dalam diri,

Maka layaklah dikau mendapat ganjaranNya,

Yang dijanjikan di akhirat nanti,

Dan tatkala di dunia ini lagi,

Muslimah solehah kau digelari,

Menjadi idaman setiap muslim soleh,

Yang sukar sekali untuk diperoleh,

Wahai muslimah solehah pula,

Jadilah mukminah mujahidah,

Mujahidah yang akan menyeru,

Agar ditinggalkan dirinya yang dahulu,

Mujahidah yang akan berdakwah,

Agar diri dan umat berubah,

Mujahidah yang akan mengajak,

Agar islam kembali tertegak.

Dengarlah wahai wanita..

Sahutlah seruan ini..
Back to top Go down
View user profile http://www.anamuslim.com.my
FiNe
Member Kamcing Blue-T Kids
Member Kamcing Blue-T Kids


Number of posts : 5549
Age : 20
Localisation : Sepang, Selangor
Registration date : 14/09/2007

PostSubject: Re: ~Dengarlah Wahai Insan Bergelar Wanita~   Sun Dec 09, 2007 9:41 pm

Bagi perempuan2 yg x pakai tudung,eloklahlah baca syarahan yg P-YA bg 2..

Bagus tau...

Very Happy Very Happy
Back to top Go down
View user profile
ana_sz
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts : 146
Age : 22
Localisation : rumahku syurgaku
Registration date : 27/07/2007

PostSubject: Re: ~Dengarlah Wahai Insan Bergelar Wanita~   Sun Dec 09, 2007 11:11 pm

mekasih kerana bagi sokongan...
cheers cheers cheers cheers
Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy Very Happy
Back to top Go down
View user profile http://www.anamuslim.com.my
FiNe
Member Kamcing Blue-T Kids
Member Kamcing Blue-T Kids


Number of posts : 5549
Age : 20
Localisation : Sepang, Selangor
Registration date : 14/09/2007

PostSubject: Re: ~Dengarlah Wahai Insan Bergelar Wanita~   Mon Dec 10, 2007 12:55 am

Sy maenggalakkn lg kak P-YA buat cite2 camtu..

Very Happy Very Happy
Back to top Go down
View user profile
ana_sz
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts : 146
Age : 22
Localisation : rumahku syurgaku
Registration date : 27/07/2007

PostSubject: Re: ~Dengarlah Wahai Insan Bergelar Wanita~   Mon Dec 10, 2007 1:23 am

ala...
x kn ana jerk yg kasi..
antunna semua x nk kasi jugak kerk?
Question Question Question
Back to top Go down
View user profile http://www.anamuslim.com.my
FiNe
Member Kamcing Blue-T Kids
Member Kamcing Blue-T Kids


Number of posts : 5549
Age : 20
Localisation : Sepang, Selangor
Registration date : 14/09/2007

PostSubject: Re: ~Dengarlah Wahai Insan Bergelar Wanita~   Mon Dec 10, 2007 2:50 am

Blum dpt idea lg lh kak P-YA....
Back to top Go down
View user profile
ana_sz
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts : 146
Age : 22
Localisation : rumahku syurgaku
Registration date : 27/07/2007

PostSubject: Re: ~Dengarlah Wahai Insan Bergelar Wanita~   Mon Dec 10, 2007 4:01 am

I love you WARKAH HAWA KEPADA ADAM I love you









Adam,
Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.
Sesungguhnya aku adalah Hawa,
temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu.
Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok.
Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu,
sentiasa mahu terpesong dari landasan,
kerana aku buruan syaitan.
Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan
kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu dia akhir zaman,
itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya.
Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku
nescaya merahlah dunia kerana darah manusia,
kacau-bilaulah suasana,
Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa.
Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil
sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya.
Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah
yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu
tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku,
bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku.
Tapi.....aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu.
Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku
mesti tunduk ketika menjadi isterimu.
Namun.....terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara

Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan
kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita.
Kau diberi amanah untuk mendidik aku,
kau diberi tanggungjawab untuk menjaga aku,
memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa didalam redha Tuhanku dan Tuhanmu.
Tapi Adam,
nyata dan rata-rata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini,
aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu.
Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan.
Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap dirumah.
Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku.
Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup
dari hujung kaki sampai hujung rambut.
Tapi......realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya.

Adam.....
mengapa kau biarkan aku begini?
Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu.
Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu.
Tapi sekarang diwaktu yang sama, aku ke muka menguruskan hal negara,
aku ke hutan memikul senjata.
Padahal, kau duduk saja.
Ada diantara kau yang menganggur tiada kerja.
Kau perhatikan saja aku panjat tangga di pejabat bomba,
kainku tinggi menyingsing peha mengamankan negara.
Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu?
apakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku?

Adam.....
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong,
Maka Adam yang patut tanggung!
Kenapa? Mengapa begitu ADAM?
Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik,
Jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar!
Adam kau selalu berkata,
Hawa memang degil, tak mahu dengar kata,
Tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini

Adam,
Seharusnya kau tanya dirimu, apakah didikanmu terhadapku sama
Seperti didikan Nabi Muhammad SAW terhadap isteri-isterinya?
Adakah Adam melayani Hawa sama seperti psikologi Muhammad terhadap mereka?
Adakah akhlak Adam-Adam boleh dijadikan contoh terhadap kaum Hawa?

Adam....
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu,
Aku adalah pengikut-pengikutmu
Kerana kau adalah ketua.
Jika kau benar, maka benarlah aku.
Jika kau lalai, lalailah aku.
Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.
Akalmu sembilan, nafsumu satu.
Aku...akalku satu nafsuku beribu!
Dari itu Adam, pimpinlah tanganku,
Kerana aku sering lupa dan lalai,
Sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya.
Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah,
Perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku.
Tiuplah ruh jihad ke dalam dadaku agar aku menjadi mujahidah kekasih Allah.

Adam,
Andainya aku masih lalai dengan karenahmu sendiri,
Masih segan mengikut langkah para sahabat,
Masih gentar mencegah mungkar, maka kita tunggu dan lihatlah,
Dunia ini akan hancur bila kaumku yang akan memerintah.
Malulah engkau Adam,
Malulah engkau pada dirimu sendiri
Dan pada Tuhanmu yang engkau agungkan itu..
Back to top Go down
View user profile http://www.anamuslim.com.my
FiNe
Member Kamcing Blue-T Kids
Member Kamcing Blue-T Kids


Number of posts : 5549
Age : 20
Localisation : Sepang, Selangor
Registration date : 14/09/2007

PostSubject: Re: ~Dengarlah Wahai Insan Bergelar Wanita~   Mon Dec 10, 2007 5:12 am

Tue lh sy kata,baik akak terbitkn buku aje...

Baru lh bagus camtu...
Back to top Go down
View user profile
ana_sz
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts : 146
Age : 22
Localisation : rumahku syurgaku
Registration date : 27/07/2007

PostSubject: Re: ~Dengarlah Wahai Insan Bergelar Wanita~   Mon Dec 10, 2007 5:24 am

bukannya akak pandai pun....
nk terbit camner???????????
Surprised Surprised Surprised Surprised Surprised Surprised Surprised Surprised Surprised
Back to top Go down
View user profile http://www.anamuslim.com.my
FiNe
Member Kamcing Blue-T Kids
Member Kamcing Blue-T Kids


Number of posts : 5549
Age : 20
Localisation : Sepang, Selangor
Registration date : 14/09/2007

PostSubject: Re: ~Dengarlah Wahai Insan Bergelar Wanita~   Mon Dec 10, 2007 5:40 am

Senang2,bila akak besar nnti jadi penulis jer...
Back to top Go down
View user profile
ana_sz
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts : 146
Age : 22
Localisation : rumahku syurgaku
Registration date : 27/07/2007

PostSubject: Re: ~Dengarlah Wahai Insan Bergelar Wanita~   Mon Dec 10, 2007 5:50 am

penulis????affraid affraid affraid affraid
owh akak x minat jadi penulis
tapi akak paling minat klu
bab2 membaca nih.....Very Happy Very Happy Very Happy
study study study study study study study study
Back to top Go down
View user profile http://www.anamuslim.com.my
ana_sz
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts : 146
Age : 22
Localisation : rumahku syurgaku
Registration date : 27/07/2007

PostSubject: Re: ~Dengarlah Wahai Insan Bergelar Wanita~   Mon Dec 10, 2007 7:50 am

Di ambil dari majalah Iskandariah Mesir 'MANAR ISLAM'



Menurut majalah tersebut, pada suatu hari, seorang gadis yang
terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini
untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah. Malangnya walau pun
tinggal dibumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis
tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis dan seksi hampir
terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari
pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.



Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya.



"Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik,
yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih
baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa
pandangan liar kaum lelaki...." nasihat orang tua itu.



Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu
dijawab oleh gadis itu dengan jawapan mengejek. "Siapalah kamu hai
orang tua? Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah
kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga
atau neraka?"



Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan
orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat
itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua
tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat.



"Ambil hanphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan
sebuah bilik di neraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa
berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan
hukum Allah dengan begitu biadab.
Mad Mad Mad Mad Mad Mad Mad


Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari si gadis
manis. Sayang wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang
buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yang
menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang di dalam bas tidak
menghiraukan gadis yang masih muda itu yang tidak menghormati hukum
hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan
akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.



Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi
bermulut celupar tersebut di dapati tertidur di muka pintu bas. Puas
pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis
tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi
si gadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah
kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para
penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.



Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh
ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan
jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh
menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya. Mayatnya menjadi
hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat
mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan
hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.



Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.
Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang
tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan
Allah? Nauzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala
sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah
benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita
mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya saw dengan
mempersendakan atau ejekan.



Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus
kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya
dan seumpamanya adalah kata kata yang sangat biadab dan menghina Allah,
pencipta seluruh alam. Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian,
tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita. Hanya masanya saja yang
akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh.


Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodohitu?
Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila
anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan
arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang
sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang di
lakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah
undang-undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap
undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut kalau melanggar
undang-undang itu.


Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan
undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini. Setiap
Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah swt. Taman laranganNya
adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di
muka bumi ini.



Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk
di atas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah
kita.



Wallahualam bissawab.
Back to top Go down
View user profile http://www.anamuslim.com.my
FiNe
Member Kamcing Blue-T Kids
Member Kamcing Blue-T Kids


Number of posts : 5549
Age : 20
Localisation : Sepang, Selangor
Registration date : 14/09/2007

PostSubject: Re: ~Dengarlah Wahai Insan Bergelar Wanita~   Mon Dec 10, 2007 8:23 am

Owh...
Back to top Go down
View user profile
ana_sz
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts : 146
Age : 22
Localisation : rumahku syurgaku
Registration date : 27/07/2007

PostSubject: Re: ~Dengarlah Wahai Insan Bergelar Wanita~   Mon Dec 10, 2007 4:21 pm

tragis citer ni kn?
x sangka akak ade jugak
org yg mcm nih...
Mad Mad Mad Mad Mad
ish3
Back to top Go down
View user profile http://www.anamuslim.com.my
mika_eclipse
Member Kamcing Blue-T Kids
Member Kamcing Blue-T Kids


Number of posts : 2236
Age : 22
Registration date : 23/09/2008

PostSubject: Re: ~Dengarlah Wahai Insan Bergelar Wanita~   Tue Dec 23, 2008 10:38 pm

ohh..
ish3x... Mad Mad Mad
nauzubillah....
Back to top Go down
View user profile http://www.crunchyroll.com/user/nueike
HinaTa
Member Kamcing Blue-T Kids
Member Kamcing Blue-T Kids


Number of posts : 1861
Age : 19
Registration date : 21/09/2008

PostSubject: Re: ~Dengarlah Wahai Insan Bergelar Wanita~   Wed Dec 24, 2008 2:50 am

tu la kan.. Mad
nauzubillah... Mad
Back to top Go down
View user profile
mika_eclipse
Member Kamcing Blue-T Kids
Member Kamcing Blue-T Kids


Number of posts : 2236
Age : 22
Registration date : 23/09/2008

PostSubject: Re: ~Dengarlah Wahai Insan Bergelar Wanita~   Thu Dec 25, 2008 10:31 pm

haah...
betul3x!!!
jaga la perckpn...
Back to top Go down
View user profile http://www.crunchyroll.com/user/nueike
Sindarela
Member Kamcing Blue-T Kids
Member Kamcing Blue-T Kids


Number of posts : 1466
Registration date : 18/03/2008

PostSubject: Re: ~Dengarlah Wahai Insan Bergelar Wanita~   Fri Dec 26, 2008 7:47 am

yap betul
Back to top Go down
View user profile
mika_eclipse
Member Kamcing Blue-T Kids
Member Kamcing Blue-T Kids


Number of posts : 2236
Age : 22
Registration date : 23/09/2008

PostSubject: Re: ~Dengarlah Wahai Insan Bergelar Wanita~   Fri Dec 26, 2008 7:49 am

bgs......!
jaga jgn x jaga...
huihuihui....
Back to top Go down
View user profile http://www.crunchyroll.com/user/nueike
Sindarela
Member Kamcing Blue-T Kids
Member Kamcing Blue-T Kids


Number of posts : 1466
Registration date : 18/03/2008

PostSubject: Re: ~Dengarlah Wahai Insan Bergelar Wanita~   Fri Dec 26, 2008 5:31 pm

jaga jangan xjaga
Back to top Go down
View user profile
mika_eclipse
Member Kamcing Blue-T Kids
Member Kamcing Blue-T Kids


Number of posts : 2236
Age : 22
Registration date : 23/09/2008

PostSubject: Re: ~Dengarlah Wahai Insan Bergelar Wanita~   Sun Dec 28, 2008 6:11 am

bgs!

menjaga hatiku n hatimu jua...!
hoyo~
Back to top Go down
View user profile http://www.crunchyroll.com/user/nueike
HinaTa
Member Kamcing Blue-T Kids
Member Kamcing Blue-T Kids


Number of posts : 1861
Age : 19
Registration date : 21/09/2008

PostSubject: Re: ~Dengarlah Wahai Insan Bergelar Wanita~   Sun Dec 28, 2008 8:40 pm

udah2 tu..bende sm yg ditulis........
Back to top Go down
View user profile
Sindarela
Member Kamcing Blue-T Kids
Member Kamcing Blue-T Kids


Number of posts : 1466
Registration date : 18/03/2008

PostSubject: Re: ~Dengarlah Wahai Insan Bergelar Wanita~   Mon Dec 29, 2008 11:20 pm

yap
Back to top Go down
View user profile
syikin
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts : 111
Age : 19
Registration date : 18/02/2009

PostSubject: Re: ~Dengarlah Wahai Insan Bergelar Wanita~   Wed Feb 18, 2009 11:16 pm

na'uzubillah..
moge2 kte sume dilindungi ALLAH..
amien..
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: ~Dengarlah Wahai Insan Bergelar Wanita~   Today at 1:49 am

Back to top Go down
 
~Dengarlah Wahai Insan Bergelar Wanita~
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Blue-T Kids :: Ana Muslim :: Sahabat Ana Muslim-
Jump to: