Blue-T Kids

Kelab Sahabat Ana Muslim, Sayang Muslim & Blue-T Kids
 
HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  Log inLog in  

Share | 
 

 gaji

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Afiqah
Best Fren Blue-T Kids
Best Fren Blue-T Kids


Number of posts : 591
Registration date : 18/10/2007

PostSubject: gaji   Thu Jan 31, 2008 11:40 pm

Tips Mendapatkan RM Yang Lebih PDF Cetak E-mail
Syabas saya ucapkan kepada anda yang mempunyai usaha untuk meningkatkan taraf ekonomi keluarga dengan membuat sesuatu pekerjaan atau perniagaan sampingan demi untuk mendapat pendapatan sampingan. Ramai di antara pekerja di sektor swasta atau industri seperti kilang-kilang ataupun yang bekerja sebagai pegawai-pegawai bank mungkin tertanya-tanya adakah waktu untuk mereka membuat pekerjaan sampingan? Adakah lebih mudah bagi mereka yang bekerja dengan kerajaan melakukannya?

Saya akan berusaha mengupas trend terkini dalam mengejar ‘RM’ yang lebih itu demi menampung perbelanjaan keluarga tercinta. Di antara pekerjaan sampingan yang paling popular adalah ‘jualan langsung’ atau lebih selesa dipanggil orang ramai sebagai ‘direct selling’.

Para surirumah juga tidak ketinggalan lebih-lebih lagi mereka yang tinggal di bandar-bandar atau kawasan perumahan. Aktiviti jualan langsung ini merangkumi jualan untuk produk-produk seperti sabun, kosmetik, produk-produk kesihatan, buku, kaset, set tapisan air dan yang paling hangat diperkatakan adalah baju dalam bagi melangsingkan badan. Produk yang hangat ini dijual dari RM200 hingga setinggi RM2,000. Para penjual dianggarkan mendapat dari serendah 20 peratus ke setinggi 40 peratus dari harga jualan.

Sebelum kita kupas lebih lanjut tentang aktiviti lain untuk meningkatkan pendapatan keluarga, eloklah kita bermuhasabah sejenak untuk menanyakan diri kenapa kita perlu akan pendapatan sampingan? Ini amat penting dalam merancang keperluan kewangan sebelum menetapkan cara-cara untuk mendapatkannya.

Bagi yang sudah bekerja, contohnya seorang guru, gaji sudah mencecah RM1,500 dan sedang menyewa rumah dan punyai kereta Kancil. Mulai dengan mencatit perbelanjaan bulanan dahulu untuk mengenal pasti aliran wang tunai keluarga. Contoh seperti berikut:

Pendapatan & Perbelanjaan RM
Gaji – suami 3,000
Gaji – isteri 1,500
Jumlah 4,500

Bayaran kereta 500
Minyak kereta 400
Sewa / bayar Rumah 600
Belanja Dapur 400
Susu, lampin 100
Beri ibu bapa 400
Pakaian, makan di pejabat 400
Bayar beli Perabot 300

Jumlah 3,500
BAKI 1,000

Jika Puan guru yang di contoh ini inginkan pendapatan sampingan, beliau harus kenal pasti untuk apa ianya diperlukan dan berapakah jumlahnya dan tempoh yang ianya diperlukan?

Andaikata dia ingin membeli rumah dan mereka harus menabung sebanyak RM24,000 bagi wang mukanya dan ini diperlukan dalam masa dua tahun, jadi matlamat ini jelas.

RM24,000 dalam dua tahun adalah RM12,000 dalam masa satu tahun. Ini adalah RM1,000 sebulan.

Jadi buat masa ini tabungan setiap bulan sudah mencecah RM1,000 jadi jika guru ini inginkan pekerjaan sampingan juga, dia akan mempercepatkan mencapai matlamat tabungannya, mungkin dalam tempoh setahun sahaja.

Apabila matlamat mendapatkan wang lebih telah jelas, guru ini akan lebih fokus dan seandainya matlamatnya setiap bulan telah dicapai, tidak perlu meneruskan usaha sampingan-nya. Waktu bersama keluarga dan juga pencapaian murid harus diikuti dan diagihkan secara saksama supaya matlamat mengejar ‘RM’ lebih ini tidak mengaburi tujuan asal bekerja dan tugas asasi sebagai isteri dan ibu.

Bahagilah masa dengan cara yang bijak dan banyak yang boleh dilakukan. Kurangkan menonton TV atau kegiatan yang tidak mendatangkan manfaat. Menjadi jurujual tanah atau ejen hartanah juga lumayan pulangannya. Jika anda berjaya menjual rumah berharga RM200,000 yuran yang dapat di antara RM3,000 ke RM7,000. Menjadi wakil takaful dan/atau saham amanah juga amat lumayan pulangannya.

Kaedah untuk mendapat kelayakan menjual juga tidaklah rumit dan tidak membebankan dari segi kos. Ianya terbuka bagi mereka yang mempunyai kelayakan minima SPM. Yang lebih mudah, kegiatan ini tidak memerlukan anda menyimpan stok! Produknya juga tidak dapat ditunjuk atau dilihat oleh orang ramai, tetapi cara untuk membuat orang ramai memahaminya dan seterusnya melanggani produk ini agak mudah, insya-Allah.

Lain-lain tip bagi mereka yang membuat kerja sampingan adalah:
1) Simpan rekod kemasukan (perolehan) anda bagi tujuan pemberitahuan cukai pendapatan/Zakat.
2) Simpan stok ditempat yang selamat, lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai anak kecil.
3) Simpan sebahagian dari pendapatan sampingan ini dalam skim takaful dan saham amanah.
4) Jika didapati kemasukan dari kerja sampingan ini lebih lumayan, pertimbanglah untuk berhenti kerja dan buatlah kegiatan ini sepenuh masa.

Akhir kalam, janganlah kejar dunia sampai terlupa akhirat… ingatlah anak-anak soleh merupakan aset terpenting bagi kita di akhirat kelak!
Back to top Go down
View user profile
FiNe
Member Kamcing Blue-T Kids
Member Kamcing Blue-T Kids


Number of posts : 5549
Age : 20
Localisation : Sepang, Selangor
Registration date : 14/09/2007

PostSubject: Re: gaji   Fri Feb 01, 2008 3:41 am

OoOoOo...
Back to top Go down
View user profile
_MeItAnTeI_h@R33z_
Member Kamcing Blue-T Kids
Member Kamcing Blue-T Kids


Number of posts : 4766
Age : 20
Localisation : Bandar Sri Putra, Bangi, Selangor
Registration date : 17/07/2007

PostSubject: Re: gaji   Fri Feb 01, 2008 7:02 pm

panjangnye...
Back to top Go down
View user profile http://www.liriknasyid.com
FiNe
Member Kamcing Blue-T Kids
Member Kamcing Blue-T Kids


Number of posts : 5549
Age : 20
Localisation : Sepang, Selangor
Registration date : 14/09/2007

PostSubject: Re: gaji   Fri Feb 01, 2008 9:55 pm

yup2.
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: gaji   Today at 10:45 pm

Back to top Go down
 
gaji
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Blue-T Kids :: Ana Muslim :: Sahabat Ana Muslim-
Jump to: