Blue-T Kids

Kelab Sahabat Ana Muslim, Sayang Muslim & Blue-T Kids
 
HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  Log inLog in  
Share | 
 

 Buku Panduan Budi Bahasa Kita

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2, 3  Next
AuthorMessage
Fwe
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts: 319
Registration date: 18/01/2008

PostSubject: Buku Panduan Budi Bahasa Kita   Fri Feb 15, 2008 4:37 am

Buku Panduan
BUDI BAHASA BUDAYA KITA

“Suatu usaha kebangsaan mengamalkan sifat budi bahasa dan nilai-nilai murni
di kalangan masyarakat Malaysia“




Kementerian Kebudayaan
Kesenian dan Warisan
Malaysia.

Semua hak terpelihara
Cetakan Pertama 2004
Cetakan Kedua 2005

Diterbitkan oleh:
Kementerian Kebudayaan
Kesenian dan Warisan Malaysia
Tingkat 26-30, 34 & 35, Menara TH Perdana,
1001 Jalan Sultan Ismail, 50694 Kuala Lumpur. Tel: 03 - 2612 7736 Faks 03 - 2697 6100
ISBN: 967-903-075-X Rekabentuk dan Cetakan oleh: Karya MBH Sdn. Bhd.
No.47 Jalan PBS 14/3,
Taman Perindustrian Bukit Serdang, Seri Kembangan,
43300 Selangor D.E




Kandungan
Sekapur Sirih
Perdana Menteri Malaysia

Seulas Pinang
Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia

Teks Ucapan Pelancaran
Perdana Menteri Malaysia

Teks Ucapan Aluan
Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

Bab 1:
Pengenalan dan Matlamat Kempen Budi Bahasa dan Amalan Nilai-nilai Murni

Bab 2 :
Konsep Nilai dan Budi Bahasa

Bab 3 :
Amalan Nilai dan Budi Bahasa

Bab 4 :
Pengenalan Adat Resam Kaum-Kaum di Malaysia

Bab 5 :
Pelan Tindakan Penerapan Budi Bahasa dan Amalan Nilai-Nilai Murni

Penghargaan
Lagu Tema
45 Nilai-Nilai Murni Untuk Amalan Rakyat Malaysia
Back to top Go down
View user profile
Fwe
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts: 319
Registration date: 18/01/2008

PostSubject: Re: Buku Panduan Budi Bahasa Kita   Fri Feb 15, 2008 4:37 am

Sekapur Sirih
Perdana Menteri Malaysia

Pengamalan nilai-nilai murni serta kesantunan budi bahasa adalah penting terutamanya bagi negara yang berbilang kaum seperti Malaysia. Nilai-nilai murni serta budi bahasa mewujudkan rasa saling menghormati yang amat diperlukan untuk kehidupan masyarakat majmuk yang aman dan harmoni.
Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang molek itu budi
Yang indah itu bahasa
Nilai-nilai murni serta budi bahasa juga penting bagi menghasilkan masyarakat yang benar-benar membangun dan bertamadun. Pembangunan yang seimbang bukan sahaja mengambil kira dimensi ekonomi, tetapi juga mentaliti sesebuah masyarakat. Hasrat saya adalah untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang mendukung pemikiran kelas pertama. Pengamalan etika yang luhur, budaya kerja yang mengutamakan prestasi berserta dengan adap sopan yang terpuji berupaya menaikkan nama Malaysia di mata dunia. Ia berupaya memartabatkan kita sebagai rakyat Malaysia.
Harapan saya adalah agar usaha murni Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan ini mendapat sambutan yang baik dari segenap lapisan masyarakat Malaysia. Semoga Kempen Budi Bahasa ini menjadi titik tolak kepada kewujudan masyarakat Malaysia yang moden, dinamik, bertatasusila lagi utuh peribadinya.


DATO’ SERI ABDULLAH BIN HAJI. AHMAD BADAWI
Back to top Go down
View user profile
Fwe
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts: 319
Registration date: 18/01/2008

PostSubject: Re: Buku Panduan Budi Bahasa Kita   Fri Feb 15, 2008 4:38 am

Seulas Pinang
Menteri Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan Malaysia
SUDAH sampai masanya bagi setiap warga Malaysia berjuang mengamal dan menghidupkan semula budi bahasa dan nilai-nilai murni dalam kehidupan kita.
Banyak petanda di akhir-akhir ini yang menunjukkan bahawa lantaran keghairahan berlumba-lumba mengejar kehidupan moden seolah-olah kita lupa terhadap tuntutan kehidupan yang bersopan-santun dan bertatasusila. Nilai-nilai murni yang kita amalkan turun-temurun sudah mulai tampak ketinggalan ditelan aksi kehidupan moden.
Kalau ribut runduklah padi
Padi cupak Datuk Temenggung
Kalau hidup tidak berbudi
Duduk tegak berdiri canggung
Kini kita mahu bangkit semula. Kita mahu menghidupkan semula ciri-ciri dan amalan yang pada suatu ketika dahulu didapati lumrah sebagai amalan terpuji di kalangan masyarakat Malaysia. Bangsa Malaysia di hari muka tidak harus terus membawa cara hidup yang kasar yang tiada mengandungi budi bahasa dan amalan-amalan murni.
Justeru kita harus bersama berusaha mencapai tahap kehidupan yang serba melengkapi. Amalan yang melengkapi itu ialah mengamalkan cara hidup yang bersopan-santun dan bernilai murni. Dari rumah ke sekolah; dari kampung ke pejabat - amalan ini harus bersama kita pupuk semula. Dari cara kita bertegur-sapa, dari cara kita berinteraksi sesama kita hinggalah ke cara kita menjawab panggilan telefon, mengguna dan membersihkan tandas - amalan murni menjadi nilai tambah kepada kehidupan. Sesungguhnya sopan santun dan nilai-nilai murni adalah adunan hidup yang tidak harus dilemahkan oleh cara hidup moden. Seperti kata pepatah: Seperti padi, lagi runduk, lagi berisi.
Di dalam buku panduan ini disediakan matlamat dan ciri-ciri kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni bagi semua sektor masyarakat kita. Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan berbangga kerana dapat bersama rakyat dalam menjayakan satu-satunya kempen yang membentuk Bangsa Malaysia supaya lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

BUDI BAHASA DAN NILAI-NILAI MURNI BUDAYA KITA

Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim


“ Pisau raut si bongkok hulu
Bentang tilam tengah halaman
Pasir dan Laut menjadi guru
Alam terbentang menjadi pedoman”




Di sekitar Majlis Pelancaran Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni
Pada 11 Januari 2005 di Istana Budaya Kuala Lumpur
Back to top Go down
View user profile
Fwe
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts: 319
Registration date: 18/01/2008

PostSubject: Re: Buku Panduan Budi Bahasa Kita   Fri Feb 15, 2008 4:39 am

Teks Ucapan Pelancaran


Y.A.B DATO' SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI
PERDANA MENTERI MALAYSIA
DI MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BUDI BAHASA
DAN NILAI-NILAI MURNI DI ISTANA BUDAYA, KUALA LUMPUR
PADA 11 JANUARI 2005, JAM 9.30 PAGI
Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah, kurnia dan izinNya dapat kita hadir bersama pada pagi ini. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih serta syabas kepada Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim serta anggota Kementerian atas usaha gigih mereka menganjurkan Majlis Pelancaran Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni ini.
Saya juga ingin mengalu-alukan kehadiran para pemimpin kerajaan, para perwakilan negara asing, serta para pegawai kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Tidak lupa juga kepada para wakil sektor swasta, parti politik, badan- badan agama, pertubuhan bukan kerajaan, belia, guru dan para pelajar. Kehadiran saudara-saudari menandakan sokongan padu terhadap satu agenda penting negara, iaitu agenda untuk memperkukuh amalan budi bahasa dan nilai-nilai murni di kalangan rakyat Malaysia.
Saudara dan saudari sekalian,
Kira - kira satu setengah tahun yang lalu, saya telah menyampaikan satu ucapan kepada Persatuan Oxbridge Malaysia berjudul “Competing For Tomorrow”. Mesej saya dalam ucapan tersebut adalah mudah, iaitu: Dalam era globalisasi ini, kejayaan Malaysia semakin bergantung kepada pembangunan minda rakyatnya. Jika kita mempunyai infrastruktur kelas pertama tetapi mentaliti kelas ketiga, kita akan pantas dikalahkan oleh negara- negara lain. Malah, cita-cita Malaysia untuk mencapai taraf negara maju sangat bergantung kepada pembangunan nilai dan budaya yang betul. Nilai-nilai seperti ketulusan, kejujuran, integriti, adil, beramanah dan akauntabiliti.
Budaya dan sistem nilai itulah yang sebenarnya menjadi kayu ukur dan mercu tanda sesebuah negara maju. Dengan itu, kita tidak harus berpuas hati dengan aspek pembangunan luaran atau fizikal sahaja. Kita perlu memperbaiki aspek dalaman atau aspek peribadi untuk menjadikan masyarakat kita sebuah masyarakat yang benar-benar bertamadun.
Dari pemerhatian saya, saya dapat melihat bahawa ungkapan “First Class Infrastructure, Third Class Mentality” itu tepat menggambarkan kerisauan ramai rakyat Malaysia tentang keadaan negara pada masa ini. Ekonomi negara terus berkembang pesat, penggunaan teknologi semakin berleluasa, jalanraya diperbanyak dan diperluas dan banyak kawasan dibangunkan untuk perumahan dan perindustrian moden. Namun, cara pemikiran kita dan peradaban kita tidak mengalami kemajuan yang sama. Malah seolah-olah semakin mundur. Kita menghadapi satu senario di mana sifat-sifat luhur serta kesantunan budi bahasa yang dulu menjadi kebanggaan masyarakat Malaysia semakin terhakis. Identiti dan jati diri masyarakat Malaysia semakin luntur.
Kepincangan ini telah melahirkan beberapa sindrom negatif yang kini dipandang seakan-akan satu kebiasaan di kalangan masyarakat Malaysia. Antaranya ialah tabiat memandu yang kurang sopan dan berbahaya, kurangnya perasaan sivik terhadap harta benda awam dan kekasaran terhadap para pelanggan. Namun, pada hakikatnya, kita telah meletakkan budi pekerti sebagai satu asas dan tunjang dalam pelbagai dasar dan falsafah pembangunan negara, dari Rukunegara sehinggalah kepada Wawasan
2020. Jelaslah bahawa aspirasi kita dalam pembangunan minda dan rohaniah tidak sejajar dengan realiti kehidupan kita masa kini.
Saudara dan saudari sekalian,
Pada hemat saya, dalam kesibukan kita sehari-hari, kita mungkin semakin lupa untuk memupuk ciri-ciri keperibadian luhur, baik untuk diri kita sendiri ataupun untuk anak-anak kita. Sebelum budaya masyarakat kita merosot lagi, kita harus sedar dan mempelajari serta mempraktikkan semula budi bahasa dan nilai-nilai murni warisan kita. Usaha ini harus dimulakan pada peringkat diri sendiri, peringkat keluarga dan pada peringkat masyarakat amnya.
Saya sedar bahawa usaha ini adalah sukar, lebih-lebih lagi dalam suasana hari ini. Kita sudah biasa menonton berita atau hiburan yang menonjolkan cara laku insan yang kasar dan ganas. Kita mudah terikut dengan tabiat masyarakat umum yang kurang sabar dan mementingkan diri sendiri. Ini adalah masalah kita semua, bukan sahaja masalah anak muda, bahkan juga masalah negara. Masalah kemerosotan budi bahasa dan nilai-nilai murni adalah masalah yang dihadapi di serata dunia. Apabila berdepan dengan media massa dan masyarakat umum masa kini, manusia mudah lupa pengajaran dan tunjuk ajar yang telah diterima di rumah dan di sekolah. Cabaran kepada budi pekerti kita adalah jauh lebih sukar dalam zaman komunikasi dan materialisme kini, berbanding dengan masa dahulu.
Ini tidaklah bermakna kita perlu menyisihkan diri daripada arus dunia. Sebagai negara yang demokratik dan terbuka dagangannya, kita tidak dapat lari dari pengaruh dunia luar. Tetapi, jika kita mahu menjadi negara yang berdaya saing lagi teguh identitinya, kita haruslah membina kekuatan dalaman dan belajar untuk menghadapi realiti kehidupan dengan lebih kritis dan arif. Ambil yang jernih, buang yang keruh. Kita dan anak-anak kita harus belajar berfikir supaya kita tidak senang tertarik kepada perkara yang mudah atau tatacara yang kasar, supaya kita dapat membezakan antara hiburan dan realiti.
Dengan itu saudara-saudari, Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni ini adalah kena pada masanya dan sesuai dengan keadaan sekarang. Saya berharap kempen ini dapat mengingatkan kita akan peri pentingnya pembangunan peribadi dalam meningkatkan mutu hidup kita semua. Saya juga berharap kempen ini dapat membantu pelbagai lapisan masyarakat untuk menghayati dan menitikberatkan amalan budi pekerti murni dalam era yang begitu mencabar kini. Kita semua haruslah belajar bagaimana untuk mencapai kejayaan yang bermakna, tanpa mengorbankan peradaban dan nilai-nilai kita sama sekali.
Pendek kata jika sekiranya kita ini mahu negara kita menjadi “Cemerlang, Gemilang dan Terbilang” ianya tidak memadai dengan hanya menunjukkan keagongan, keinda- han pembangunan fizikal dan juga kejayaan-kejayaan yang kita perolehi mengikut statistik-statistiknya semata. Kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan kita itu akan muncul jika sekiranya kita menjadi satu bangsa yang berpekerti mulia, berbudi tinggi dan berbahasa baik. Inilah yang perlu kita tonjol dan usahakan agar warga Malaysia keseluruhannya memiliki pekerti mulia. Kalau kita usahakan untuk mencapaikan cita-cita ini, InsyaAllah kejayaan kita dalam bidang pembangunan akan membawa erti yang sebenarnya. Satu perkara yang perlu kita ingatkan bahawasanya, sebuah negara yang maju itu tidak dilandaskan di atas asas-asas pembangunan moral dan pekerti mulia, maka negara itu tidak akan bertahan lama sebaliknya bakal hancur dan tumbang. Inilah yang kita tidak mahu lihat berlaku kepada kita. Berdasarkan sejarah dunia, telah kita saksikan bagaimana empayar-empayar besar serta maju meniti kemunduran lantaran kekangan dan keruntuhan akal budi yang menyebabkan ketamadunannya tidak dapat dipertahankan. Peradaban dan tamadun yang dibangunkan dengan mengambil masa yang lama, sedia sahaja diruntuhkan oleh generasi terkemudian dengan perilaku buruk seperti lupa daratan, adu domba, pecah belah dan sengketa sesama sendiri. Kita tidak mampu melihat gejala seumpama ini menimpa negara kita. Meskipun kita bukannya sedang membina empayar, namun kita ingin terus mencipta kejayaan dan kecemerlangan sebagai negara maju dalam erti kata sebenarnya. Pembinaan bangsa berpekerti mulia merupakan proses berterusan, pewarisan dari generasi ke generasi. Ibu bapa mengajar anak-anaknya menjadi baik, anak-anaknya mengajar cucu-cucunya supaya menjadi insan yang baik, segalanya bergantung kepada diri kita sendiri. Maka, begitulah menjadi amalan masyarakat kita dari sekarang dan selama-lamanya.
Saudara dan saudari sekalian,
Kita baru sahaja dikejutkan dengan bencana tsunami yang telah menyebabkan begitu ramai nyawa terkorban serta mengakibatkan kehilangan harta benda di Malaysia dan di negara-negara jiran kita. Kita amat bersedih bersama mereka yang telah kehilangan anggota keluarga tersayang dan telah putus mata pencarian mereka. Namun, dalam perasaan hiba dan dukacita ini, kita turut dapat melihat nilai kemanusiaan sejagat yang terpapar di seluruh dunia. Manusia dari suku, bangsa, agama, budaya dan bahasa yang berlainan telah dapat menyumbang serta bekerjasama dan membantu dalam suasana hidup yang begitu sukar. Di sinilah terserlahnya nilai-nilai murni dan budi bahasa yang diinginkan kita semua. Alangkah baiknya jika cara laku ini dapat terus dikekalkan. Alangkah beruntungnya jika kita dapat terus bersikap sedemikian untuk keharmonian hidup sehari-harian.
Kita semua berupaya untuk mempertingkat budi pekerti diri dan masyarakat kita. Ia bermula dengan suara hati dan pertuturan. Allah S.W.T dalam Surah An-Nisaa' (Ayat 148) berfirman:
Back to top Go down
View user profile
Fwe
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts: 319
Registration date: 18/01/2008

PostSubject: Re: Buku Panduan Budi Bahasa Kita   Fri Feb 15, 2008 4:39 am

Yang bermaksud:
“Allah tidak suka akan perkataan-perkataan jahat yang keluar dari mulut seseorang, melainkan perkataan
(pengalaman) yang keluar dari mulut orang yang dizalimi
(yang menyebut keburukan yang dilakukan ke atasnya dalam pengaduannya) dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.
Maka berucap salamlah ketika bertemu. Mulakanlah dengan sikap ramah dan terbuka. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyukai sikap berlemah-lembut dalam semua perkara”. Begitu juga dengan ajaran agama-agama lain, seperti Agama Buddha yang menyebut “Words have the power to both destroy and heal. When words are both true and kind, they can change our world”. Kepentingan pertuturan bukan sahaja untuk keluarga, tetapi juga untuk guru, rakan sekerja dan pelanggan yang memerlukan khidmat kita.
Sehubungan dengan itu, saya berharap anggota perkhidmatan awam yang berkhidmat di kaunter- kaunter barisan hadapan dan jabatan-jabatan yang bertanggungjawab dalam penguatkuasaan seperti polis dan imigresen akan memberi perkhidmatan dengan penuh beradab melalui tutur kata yang mesra, bersopan dan sentiasa ingin membantu. Senyuman yang diberi haruslah ikhlas dan anggaplah ia sebagai satu hadiah atau sedekah. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam serta menaikkan imej perkhidmatan.
Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni ini merupakan agenda penting kerajaan untuk menyemarakkan dan menyemai semula budi bahasa dan nilai-nilai murni ke dalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Kempen ini diharap dapat memperkukuh kembali kekuatan peribadi dan jatidiri setiap individu. Negara akan menjadi agung jika warganya terdiri daripada insan-insan yang mengamalkan budaya murni. Tidak ada gunanya jika masyarakat Malaysia kaya dari segi kebendaan tapi muflis dari segi keperibadian. Oleh itu, marilah kita sama-sama berganding bahu menjayakan kempen ini. Saya amat berharap saudara- saudari selaku pemimpin politik, ketua jabatan, ahli korporat, pemimpin masyarakat ataupun pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dapat melibatkan diri dalam program-program kempen di peringkat masing-masing. Sesungguhnya keberkesanan dan kejayaan kempen ini memerlukan sokongan dan bantuan daripada semua pihak.
Tegak rumah kerana sendi
Runtuh sendi rumah binasa
Sendi bangsa ialah budi
Runtuh budi runtuhlah bangsa.
Maka dengan itu, dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni ini.
Sekian, terima kasih.
Back to top Go down
View user profile
Fwe
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts: 319
Registration date: 18/01/2008

PostSubject: Re: Buku Panduan Budi Bahasa Kita   Fri Feb 15, 2008 4:40 am

Teks Ucapan Aluan
Y.B. DATUK SERI UTAMA DR. RAIS YATIM
MENTERI KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN
DI MAJLIS PELANCARAN KEMPEN BUDI BAHASA
DAN NILAI-NILAI MURNI DI ISTANA BUDAYA, KUALA LUMPUR

PADA 11 JANUARI 2005
Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T, kerana dengan limpah kurniaNya, kita semua dapat berhimpun dalam Majlis Pelancaran Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni yang julung kali diadakan. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada para jemputan khususnya Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri dan Y.A.Bhg. Datin Seri Endon Mahmud kerana sudi meluangkan masa hadir dan melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni pada pagi ini. Sesungguhnya kehadiran Y.A.B Dato' Seri, amat bermakna lantas menjadi perangsang dan pendorong utama kepada Kementerian ini untuk menerajui gerakan menyemarakkan semula amalan budi bahasa dan nilai-nilai murni di kalangan masyarakat Malaysia.
Secara peribadi, majlis pelancaran pagi ini membawa suatu pengertian yang amat besar bagi saya. Ingatan saya melayang ke suatu peristiwa pada bulan Februari 1974, di mana saya dan Y.A.B Dato’ Seri yang pada masa itu berkhidmat di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, melancarkan program pupuk semangat Belia Peladang di Dusun Tua, Ulu Langat. Berkemungkinan di kalangan hadirin pada pagi ini hadir agaknya beberapa orang anak belia peladang yang kami sasari dengan latihan Dusun Tua itu. Jelaslah, antara Februari 1974 dan 11 Januari 2005 edaran zaman sudah menjangkau kurang sebulan 31 tahun. Dalam tempoh proses zaman beredar pusaka bergilir itu, Pengarah Belia yang bersama saya di KKBS dahulu sudah menjadi Perdana Menteri. Namun kita masih bersama pada pagi ini, 31 tahun kemudian mengusahakan satu lagi aspek pupuk semangat iaitu bagaimana memupuk semangat amalan budi bahasa dan nilai-nilai murni supaya terus menjadi sebahagian amalan harian kepada khalayak Malaysia.
Hasrat kerajaan hendak mewujudkan satu bangsa Malaysia sudah lama dizahirkan. Y.A.B Dato' Seri sendiri telah saban kali menegaskannya susulan hasrat mewujudkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang, cogankata yang kini sedang bermain di bibir rakyat dan yang telah diberi dividen oleh rakyat dengan menghadiahkan Dato’ Seri dengan kemenangan pilihanraya yang terbaik pada bulan Mac yang lalu. Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni berazam mengekalkan kasih dan budi, adab dan keharmonian yang membantu mewujudkan bangsa Malaysia yang dicita. Pada detik-detik cemas dan hiba yang dicetuskan gelombang tsunami, sebahagian besar rakyat Malaysia sudahpun menunjukkan sifat-sifat luhur dan murni lantaran rela berkorban tenaga dan harta demi membantu orang lain dalam kesusahan. Ini suatu markah paling tinggi yang tentunya membanggakan kita semua terutama Y.A.B Dato’ Seri sebagai pemimpin ulung negara.
Ada pihak yang bertanya, adakah fiil dan kelakuan anggota masyarakat kini keterlaluan hingga terpaksa kita mengadakan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni? Jawapan yang harus diberikan ialah dengan adanya sikap dan amalan berkaitan operasi bantuan tsunami, fiil dan sikap sebahagian besar masyarakat kita teruji dan terpuji sudah. Cuma, kita jangan bosan untuk mengulang-ulangi amalan yang murni demi membentuk bangsa Malaysia yang dihajati. Baik Melayu, Cina atau India atau lain-lain kaum Malaysia, kita bertanggungjawab menghindarkan diri daripada nilai dan amalan hidup yang kasar, yang kotor, yang langgar bahasa, yang tidak mengendahkan tatasusila yang beradab.
Matlamat utama kempen ini adalah untuk membentuk satu masyarakat Malaysia yang mempunyai sifat-sifat mulia, beradab, bersopan-santun, tersisip dengan semangat perpaduan dan tolong-menolong, bertoleransi, saling memahami, cintakan kedamaian dan kebersihan dan cintakan negara. Kita bertanggungjawab mengisi prinsip kelima Rukunegara iaitu kesopanan dan kesusilaan yang hakikatnya menganjurkan kelakuan terpuji dan amalan murni.
Kempen ini akan memberi tumpuan kepada pemupukan dan penghayatan budi bahasa dan nilai-nilai murni di semua lapisan masyarakat, dari murid hingga ke pensyarah; dari petani hingga ke pegawai daerah; dari penghantar surat hingga ke pegawai tinggi; dari penguatkuasa undang-undang hingga ke pemimpin dan ahli-ahli yang berhormat. Amalan sifat-sifat ini akan melahirkan masyarakat yang bukan sahaja berilmu malah berperibadi unggul serta tanggungjawab kepada hasrat murni negara.
Cara bertegur sapa, cara berterima kasih, perlunya senyum semasa berinteraksi dan berkhidmat, cara melayani pelanggan atau orang ramai oleh kakitangan kaunter hadapan Jabatan Kerajaan, berapa kali kah deringan telefon di pejabat sebelum gagangnya di angkat dengan kata-kata “Apa khabar?” atau “Assalamualaikum, apa boleh saya bantu?”. Berapa hari berlalu sebelum surat rakyat dijawab oleh jabatan? Masih lumrahkah amalan gotong-royong di kalangan penghuni flat dan kampung? Berterusankah fiil suka mengambil barang yang bukan hak kita?. Bersihkah tandas awam kita, tandas di sekolah kita dan di pejabat kita?. Kenapa ada di kalangan kita yang bersikap kasar sewaktu memandu di jalan raya?.
Murid diajar oleh guru, guru diajar oleh pensyarahnya, dan pensyarahnya diajar oleh gurunya pula. Anak diajar oleh ibu bapa dan keluarganya, masyarakat diajar oleh perkelilingannya. Dalam susur galur beginilah, kita harus mencelah semula dan mengingatkan bangsa Malaysia betapa pentingnya tatasusila berhemah dan nilai-nilai tradisi yang menjadi kebanggaan datuk nenek kita dahulu.
Budi bahasa dan amalan murni tidak akan bercambah dengan hanya membiarkan keadaan sedia ada. Rakyat dan kerajaan mesti berjuang bersama mewujudkan masyarakat yang berhemah dan berbudi agar tamadun kita tidak hilang mutu dan keindahan sosialnya:
Kalau ribut runduklah padi
Padi cupak Datuk Temenggung
Kalau hidup tidak berbudi
Seperti tegak berdiri condong.
Kempen berbudi bahasa dan amalan murni ini dijayakan oleh pelbagai Kementerian, Jabatan dan Kerajaan Negeri, Kementerian-Kementerian Penerangan, Pelajaran, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pengajian Tinggi, Keselamatan Dalam Negeri, Jabatan Perdana Menteri, Kerajaan-Kerajaan negeri, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan sektor swasta. Di dalam beg yang dibekalkan, disediakan buku panduan serta bahan- bahan kempen lain yang diperlukan. Kami di Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan akan memantau bersama kemajuan atau kelemahan kempen hingga ke daerah-daerah dan setiap kerjasama yang diberikan amatlah dihargai. Kempen akan berjalan selama lima tahun, dan kita akan cuba mengekalkan minat dan pencapaian dengan mengadakan pelbagai pendekatan dan olahan. Kita akan cuba menyemarakkan kempen ini sepertimana rakyat menjayakan Kempen Bahasa Kebangsaan pada tahun-tahun 60'an dahulu.
Y.A.B Dato’ Seri dan saudara-saudari yang saya hormati, Pada umumnya, peranan pembentukan individu dan anggota masyarakat yang berkualiti dari segi adab dan sopannya melibatkan peranan bersama seperti institusi keluarga dan institusi pendidikan formal dan tidak formal, termasuk rumahtangga, didikan agama, media massa dan lain-lain. Pendidikan formal di institusi-institusi pelajaran tidak akan dapat memberikan kesan yang baik untuk melahirkan anggota masyarakat yang berkualiti sekiranya sistem yang ada tidak dapat berfungsi secara efisien. Justeru, kita perlu mempunyai matlamat yang mencipta masyarakat yang maju dan berilmu, bermoral, berbudi bahasa dan mengamalkan nilai-nilai murni seperti yang digariskan dalam prinsip-prinsip Rukunegara. KEPINCANGAN yang tersua dalam sistem sosial pada hari ini mengakibatkan wujudnya generasi yang kurang seimbang termasuklah keciciran budi bahasa dan amalan yang baik. Pertumbuhan pusat-pusat hiburan secara mendadak di kota-kota malah di pekan-pekan kecil, kelonggaran ikatan kekeluargaan akibat ibu bapa yang terlalu sibuk di luar, pengaruh budaya luaran yang permisif yang dibantu media antarabangsa dan domestik menyumbang belaka kepada perkelilingan sosio-budaya kita pada hari ini.
Kempen ini memerlukan tindakan bersepadu yang berterusan daripada semua pihak. Dari sektor awam hingga ke sektor swasta dan masyarakat umum, kita harus mencapai matlamat bagi membudayakan budi bahasa dan amalan nilai-nilai murni dalam hidup harian kita sehingga ia menjadi satu warisan bangsa Malaysia yang dikagumi dunia.
Kementerian ini dengan kerjasama padu beberapa Kementerian lain seperti yang dinyatakan tadi, telah merangka pelan tindakan Kempen Budi Bahasa dan Nilai- Nilai Murni. Pelaksanaan kempen ini secara berterusan dan melibatkan semua pihak. Pelbagai program dan aktiviti akan diterapkan melalui kementerian-kementerian serta agensi-agensi dan badan-badan berkaitan termasuk Institut Integriti Nasional yang dihasilkan oleh Y.A.B Dato' Seri Perdana Menteri di bawah Pelan Integriti Nasional (PIN). Diharap perjuangan ini dapat memberi impak yang berpanjangan di kalangan rakyat serta memberi kesan bina jiwa ataupun kesan psikologi terutama kepada generasi muda tentang keutamaan, kebaikan memiliki dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam aspek kehidupan bermasyarakat. Pelan tindakan tersebut ada dipaparkan dalam buku Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni yang akan dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri sebentar lagi.
Akhir kata, saya merakamkan sekali lagi terima kasih yang tak terhingga kepada Y.A.B Dato’ Seri Perdana Menteri di atas kesudian beliau melancarkan kempen pada pagi ini. Setinggi-tinggi penghargaan kepada Y.A.Bhg. Datin Seri Endon yang turut memberi galakan kepada usaha murni ini. Rakaman penghargaan jua saya hulurkan kepada Y.B para Menteri, Y.A.B Menteri Besar dan Ketua Menteri serta semua agensi yang terlibat dan turut membantu, bahkan semua pihak swasta serta pertubuhan dan individu yang tidak dapat saya senaraikan satu-persatu di majlis ini. Ucapan terima kasih juga saya rakamkan kepada Ketua Setiausaha dan para pegawai serta ahli jawatankuasa penganjur yang telah bertungkus-lumus menjayakan persediaan kempen ini.
Back to top Go down
View user profile
Fwe
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts: 319
Registration date: 18/01/2008

PostSubject: Re: Buku Panduan Budi Bahasa Kita   Fri Feb 15, 2008 4:40 am

BAB 1
Pengenalan dan Matlamat
Kempen Budi Bahasa dan
Nilai - Nilai Murni




Masyarakat Malaysia Berbilang Kaum

Rasional Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni
1. Kempen ini perlu diadakan kerana kedapatan di kalangan masyarakat kini nilai-nilai dan amalan hidup yang kasar, yang langgar bahasa, yang tidak mengendahkan tatasusila dan beradab. Cara memberi khidmat, cara melayani pelanggan atau orang ramai oleh kakitangan kaunter hadapan di jabatan- jabatan kerajaan seterusnya menimbulkan tidak puas hati di kalangan orang ramai. Ada yang menjawab telefon dengan kasar atau acuh tak acuh (atau langsung tidak berjawab), surat- menyurat rakyat yang lambat dijawab, merosotnya amalan gotong royong dan kecenderungan menolong orang lain dalam kesusahan, menghilangnya amalan hormat-menghormati identiti manusia dan pihak-pihak tertentu yang dahulunya dihormati, keterlaluan mengejar kemajuan kebendaan sehingga kita lupa akan betapa pentingnya tatasusila berhemah diamalkan semula secara menyeluruh. Tuntutan Rukun-negara tentang ketatasusilaan yang baik harus diisi semula. Bangsa Malaysia yang dicita-cita harus terus berbekal amalan-amalan murni.

2. Segala bentuk program penerapan nilai yang berlalu telah menanam asas keutuhan yang kuat namun permasalahan nilai dan kelemahan integriti masyarakat masih berlaku dengan ketara. Selain kelakuan yang tersua di dalam amalan di atas perkara-perkara berikut juga kedapatan secara meluas di kalangan masyarakat Malaysia:
• Kurang hormat kepada guru, ibu bapa, pemimpin, ketua dan orang tua-tua;
• Trend atau kecenderungan suka mengambil hak orang lain;
• Tidak suka senyum bila bertegur-sapa atau semasa memberi khidmat;
• Tidak suka mengungkapkan terima kasih atau syukur bila beroleh sesuatu yang baik;
• Kurangnya mengungkapkan “Apa khabar” atau ‘Assalamualaikum’;
• Kurang mengendahkan budaya kebersihan (misalnya tandas kotor);
• Tidak menepati masa dan
• Kurang bertolak ansur di jalan raya.
3.Budi bahasa dan amalan-amalan murni tidak boleh bercambah dengan hanya membiarkan keadaan yang sedia ada. Rakyat dan Kerajaan mesti berjuang bersama mewujudkan masyarakat yang berhemah dan berbudi agar tamadun kita tidak hilang mutu dan keindahan sosialnya. Untuk itu kita perlu ingat-mengingatkan akan amalan murni yang sudah hilang itu.
4. Gerakan kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni ini adalah puncak dari tindakan kerajaan untuk menerap serta menanam nilai-nilai murni ke dalam alam fikiran, hati budi serta perilaku warganegara Malaysia pada pelbagai lapisan masyarakat. Amalan budi bahasa dan nilai-nilai murni seharusnya ditegaskan sebagai sebahagian dari proses pembangunan identiti untuk mencapai tahap keutuhan peribadi dan perilaku yang mulia dan berbudi bahasa. Maka kempen ini diharap akan meneguhkan kembali kekuatan peribadi dan jati diri masyarakat. Dengan segala iltizam dan penyertaan seluruh rakyat Malaysia kita akan mencapai tahap kehidupan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
5. Amalan berbudi bahasa ini akan juga melahirkan individu dan masyarakat yang mempunyai identiti positif, berfikiran luas, terbuka serta bertanggungjawab bukan sahaja terhadap diri sendiri malahan terhadap keluarga, rakan, jiran, pemimpin, guru serta persekitaran. Melalui kempen serta aktiviti yang berkaitan dengannya akan dapat membentuk persepsi yang tegas tentang amalan berbudi bahasa, kesan yang berantai dalam kegiatan masyarakat, memurnikan semula konsep dan amalan berbudi bahasa dan nilai-nilai kekeluargaan di kalangan rakyat Malaysia terutama generasi muda Malaysia.
6. Segala tindakan kempen ini adalah juga dalam rangka pembinaan bangsa melalui Rukunegara. Perisytiharan Rukunegara dengan jelas meletakkan negara di atas cita-cita perpaduan, kehidupan demokratik, keadilan, tradisi budaya serta masyarakat progresif. Di atas harapan yang tinggi inilah kita ingin mencapainya melalui prinsip-prinsip nilai utama keagamaan, Kerajaan dan kenegaraan yang berdaulat serta berlandaskan perundangan dan di dalam rangka perilaku kesopanan dan kesusilaan. Perisytiharan itu menjadi tunjang kepada identiti bangsa Malaysia.
Matlamat
7. Matlamat kempen ini ialah untuk :
• Mendedah dan menanam erti pelbagai nilai murni dan nilai budi bahasa;
• Menggalak penghayatan dan amalan nilai-nilai murni di kalangan anggota masyarakat dan
• Sebagai intisari jati diri peribadi serta perilaku anggota masyarakat dalam kehidupan harian.
8. Buku kecil ini diterbitkan sempena pelancaran Kempen Budi Bahasa yang disempurnakan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi. Ia adalah merupakan panduan yang mengandungi pelan tindakan penerapan nilai-nilai murni dalam masyarakat yang merangkumi institusi keluarga, kemasyarakatan, pembelajaran dan sektor perkhidmatan.
9. Diharapkan buku ini akan membantu masyarakat umumnya tentang usaha memperkukuhkan amalan budi bahasa dan nilai
-nilai murni sebagai budaya kita. Penerbitan buku ini merupakan hasil kerjasama pelbagai pihak khususnya kementerian-kementerian seperti Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Penerangan, Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional yang turut mempunyai program dan aktiviti yang selaras dengan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni.
“Tegak rumah kerana sendi
Runtuh sendi rumah binasa
Sendi bangsa ialah budi
Runtuh budi runtuhlah bangsa.“
Bak kata pepatah...
“ Bulat air kerana pembentung
Bulat manusia kerana muafakat ”



Masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya

“Pembangunan modal manusia menjadi sangat penting kepada negara
pada masa depan dan mereka ini mestilah berkualiti, kualiti
bukan sahaja dari segi pendidikan, kepakaran ...
tetapi juga dari segi nilai moral yang tinggi, bertanggungjawab
dan mengutamakan nilai-nilai murni dalam kehidupan”

Petikan dari Y.A.B Perdana Menteri Malaysia ketika sidang akhbar
Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni pada 11hb Januari 2005
Bertempat Di Istana Budaya, Kuala Lumpur
Back to top Go down
View user profile
Fwe
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts: 319
Registration date: 18/01/2008

PostSubject: Re: Buku Panduan Budi Bahasa Kita   Fri Feb 15, 2008 4:41 am

BAB 2
Konsep Nilai dan Budi Bahasa


Generasi muda pewaris amalan budi bahasa dan nilai-nilai murni rakyat Malaysia
Konsep Nilai dan Budi Bahasa
1. Nilai dapat kita ertikan sebagai satu konsep yang dijadikan asas oleh masyarakat untuk menilai, mengukur atau membuat pilihan serta keputusan terhadap suatu perkara, darjat, mutu, kualiti, taraf perilaku dan benda mengenai seseorang atau kelompok orang sebagai baik, berharga dan bernilai.

2. Budi bahasa lazimnya merujuk kepada ‘tuturkata, kelakuan, sopan santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak mulia’. Tegasnya setiap gerak laku, tuturkata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi bahasa. Konsep-konsep lain yang berkaitan dan melengkapkan nilai budi bahasa termasuklah mulia, adil, hormat, bijaksana, berani, setia, malu, sabar, sopan dan lain-lain.
3. Kedua konsep di atas terangkum di dalam prinsip kelima Rukunegara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan. Prinsip ini jelas menekankan bahawa setiap warganegara harus menjaga tatasusila masing-masing dengan tidak menyinggung perasaan sesuatu golongan lain. Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kehidupan peribadi dan dalam kehidupan bermasyarakat.
4. Umumnya, nilai-nilai murni yang diterima diamalkan oleh masyarakat Malaysia yang merentasi individu, kekeluargaan, masyarakat dan kenegaraan adalah nilai- nilai sejagat yang dituntut oleh agama, kepercayaan, adat resam dan kebudayaan. Antara nilai-nilai murni yang universal tersebut adalah seperti berikut :-
Amanah
• Menyedari hakikat bahawa tugas adalah amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya;
• Menghindarkan dengan rela hati kepentingan diri dari mengatasi kepentingan tugas dan
• Menentukan tiada penyelewengan dalam tugas sama ada dari segi masa, kuasa, sumber wang dan peralatan serta tenaga kerja.

Tanggungjawab
• Menerima hakikat akauntabiliti akhir adalah terhadap Tuhan, di samping pekerjaan dan majikan;
• Melakukan tugas dengan kesedaran terhadap implikasi baik dan buruknya iaitu sentiasa waspada dan jujur;
• Bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan bila-bila sahaja diperlukan;
• Bercita-cita untuk tidak mengkhianati kepentingan organisasi / institusi / awam dalam menjalankan tugas dan
• Bersedia menjaga maruah agama, bangsa dan negara.

Ikhlas
• Berhati mulia dalam melaksanakan tugas tanpa mengharapkan balasan dari manusia;
• Mempunyai niat bertugas kerana Tuhan, kerana mencari rezeki yang halal serta mencari keredhaannya dan
• Mengikis sebarang unsur “kepentingan diri” dalam melaksanakan tugas sebagai asas pengisian amanah.

Benar
• Jujur dalam melaksanakan tanggungjawab;
• Bercakap benar dan menepati janji;
• Cermat dan berhemat dalam membuat keputusan;
• Bertindak berasaskan profesionalisme;
• Patuh dan setia dalam melaksanakan tugas dan
• Sanggup menerima teguran dan nasihat.
Sederhana
• Menjamin perseimbangan equilibrium dalam diri dan tugasan dan
• Bersederhana dalam setiap amalan hidup, tindakan dan tingkahlaku.

Tekun

• Berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kesempurnaan dalam tugas dan kehidupan;
• Rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk membaiki taraf hidup dan
• Berusaha gigih untuk menghasilkan kerja yang memuaskan sehingga mencapai tahap cemerlang.

Bersih

• Mengamalkan kebersihan hati dalam menjalankan tugas seharian;
• Mengamalkan kebersihan pakaian, bangunan dan alam sekitar sebagai satu cara hidup;
• Bersih dalam pemilikan harta dan perjalanan tugas;
• Membuat pertimbangan yang teliti dan adil dalam membuat keputusan dan
• Menjauhi hawa nafsu dan emosi dari mempengaruhi pekerjaan dan pemikiran dalam membuat keputusan.

Berdisiplin
• Mengetahui kepentingan dan mengutamakan yang lebih penting;
• Menilai tinggi masa dan janji;
• Mengamalkan cara bekerja yang kemas dan terancang dan
• Mempunyai etika kerja dan profesionalisme yang tinggi.

Bekerjasama
• Mengamalkan sikap tolong menolong dalam melaksanakan kerja;
• Sentiasa secara sukarela menyertai aktiviti-aktiviti organisasi sebagai sebahagian daripada usaha mempertingkatkan semangat kerjasama;
• Mengamalkan permuafakatan dalam semua perkara kepentingan bersama dan
• Mengelakkan konflik atau pertembungan kepentingan berdasarkan peribadi - mengorbankan kepentingan diri yang bercanggah dengan kepentingan organisasi, agama, bangsa dan negara.

Berperibadi Mulia

• Bermanis muka sepanjang masa
• Bertimbang rasa dan bertolak-ansur
• Menghormati sesama insan dan
• Sentiasa memulakan ‘pertanyaan’ dengan tujuan untuk menolong.

Bersyukur
• Bersyukur kerana dapat melakukan tugas untuk menjamin kesejahteraan hidup sebagai seorang anggota masyarakat
• Berkecenderungan melihat keadaan dengan lebih positif sehingga menggerakkan untuk lebih berusaha gigih
• Menghayati budaya kerja yang bersopan dan tidak bertentangan dengan kehendak agama (nilai-nilai agama dan kerohanian)
• Tidak berbangga dengan kedudukan dan pangkat
• Tidak membazirkan perbelanjaan untuk perkara yang sia-sia;
• Berkhidmat sebagai ibadah dan
• Bercita-cita menjadi manusia yang mempunyai sumbangan yang banyak kepada masyarakat, negara dan agama.

Bermuafakat

• ‘Muafakat Membawa Berkat’. Itulah slogan yang harus dipegang oleh setiap rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Dengan adanya amalan muafakat sesama manusia, akan mengeratkan lagi perpaduan yang telah lama terjalin.

Bertoleransi

• Sikap toleransi sesama kaum merupakan tunjang utama kepada keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat.

Bertimbang Rasa
• Perasaan bertimbang rasa adalah sebahagian daripada sikap terpuji tanpa mengira perbezaan latar belakang sesuatu kaum.

Bersatu Padu
• Pengamalan berterusan budi bahasa dan nilai-nilai murni akan membawa kesepaduan dalam kehidupan bermasyarakat

Beretika
• Semangat beretika akan lahir kepada setiap individu sekiranya ia mempunyai nilai budi pekerti yang tinggi.

Tidak Mementingkan Diri Sendiri
• Seseorang yang kaya dengan budi pekerti dan teguh dengan amalan nilai-nilai murninya tidak akan mementingkan diri sendiri.

Tiada Perasaan Curiga / Syak Wasangka

• Perasaan curiga / syak wasangka tidak akan mudah wujud dalam setiap individu yang mempunyai nilai-nilai murni.


Budi bahasa dan amalan nilai-nilai murni amat penting dalam menjaga keharmonian hidup bermasyarakat. Masyarakat yang harmoni, berbudi bahasa dan mengamalkan nilai-nilai murni dapat melahirkan satu Bangsa Malaysia yang budiman.

Kata - Kata Hikmat
Untuk membentuk dunia pada aturannya, kita mesti membentuk bangsanya, untuk membentuk bangsa, kita mesti terlebih dahulu membentuk keluarga, kita mesti membentuk diri sendiri mempunyai hati yang murni.
• Konfusius •


Setiap orang hari ini nampaknya terlalu rakus, sibuk mengejar kemajuan dan mempunyai keperluan yang tinggi. Anak-anak mempunyai masa yang sedikit untuk ibu bapa dan ibu bapa mempunyai masa yang sedikit untuk sesama mereka.
Di rumahtangga bermulanya kekalutan kepada kebahgiaan dunia.
• Mother Teressa •


Keamanan, sama seperti kebajikan. Ia bermula di rumah.
• Franklin D. Roosevelt •


Budi bahasa adalah keperihatinan terhadap perasaan orang lain. Jika kita mempunyai keperihatinan tersebut, kita mempunyai budi pekerti mulia.
• Emely Post •
Back to top Go down
View user profile
Fwe
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts: 319
Registration date: 18/01/2008

PostSubject: Re: Buku Panduan Budi Bahasa Kita   Fri Feb 15, 2008 4:42 am

BAB 3
Amalan Nilai dan
Budi Bahasa



Gambar anak-anak mencium tangan dan memberi hormat kepada ibu bapa mereka

Amalan Nilai dan Budi Bahasa
1. Penerapan dan amalan budi bahasa sama ada dalam komunikasi, ucapan, pertuturan atau panggilan atau dalam perlakuan dan pergaulan dapat dipraktikkan dalam:-

• Institusi Kekeluargaan
• Institusi Kemasyarakatan
• Institusi Pembelajaran
• Institusi Perkhidmatan


Institusi Kekeluargaan
“Subur tumbuhnya pokok kelapa
Buahnya banyak bertali - tali
Turutlah kata Ibu dan Bapa
Takbur jangan sekali - kali...”
Back to top Go down
View user profile
Fwe
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts: 319
Registration date: 18/01/2008

PostSubject: Re: Buku Panduan Budi Bahasa Kita   Fri Feb 15, 2008 4:43 am


Antara Ibu Bapa dan Anak-Anak.
• Ibu bapa wajib mendidik, membimbing dan menegur anak-anak supaya bertutur dengan baik dan betul serta mempunyai kelakuan terpuji. Ibu bapa juga mesti menunjukkan teladan terbaik tentang budi bahasa.
• Ibu bapa harus mendidik anak-anak supaya patuh, taat, hormat dan menyayangi mereka. Elok juga kita mendidik anak-anak berkomunikasi dengan jelas, benar dan betul dan tidak khuatir untuk ditegur jika berlaku kesalahan. Di samping itu, pertuturan mestilah dalam nada yang lembut, sederhana, tidak keras atau meninggi.
• Ibu bapa juga patut mengajar anak-anak menghormati orang lain, menghargai alam sekitar, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Apabila berada di tempat makan hendaklah diajar agar tertib dan beradab semasa makan. Mereka tidak perlu gelojoh dan bersikap tamak kepada orang lain. Demikian juga baik diajar tidak berbuat kotor atau membuang sampah di merata tempat.
• Ibu bapa perlu mendidik agar pertuturan antara anak- anak sentiasa sopan, ada perasaan setia dan saling hormat menghormati. Amat baik jika mereka sentiasa menghormati abang atau kakak dan sebaliknya terhadap adik dan yang paling kecil.

Back to top Go down
View user profile
Fwe
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts: 319
Registration date: 18/01/2008

PostSubject: Re: Buku Panduan Budi Bahasa Kita   Fri Feb 15, 2008 4:43 am

Antara Anak-Anak dan Ibu Bapa.

• Tutur kata anak kepada ibu bapa hendaklah sopan, lembut dan penuh hormat. Anak-anak tidak patut menghina kedua ibu bapa di dalam apa jua keadaan sekali pun. Anak-anak tidak boleh mengatakan `cis' kepada kedua ibu bapa atau memanggil dengan nama mereka.
• Apabila berhadapan dengan kedua ibu bapa hendaklah berpakaian dan bertingkah laku dengan sopan. Balasan baik anak-anak kepada ibu bapa dapat dilihat apabila anak-anak berkorban untuk kedua ibu bapa dan menjaga ibu bapa apabila mereka sudah tua. Mereka patut sentiasa berdoa agar kedua ibu bapa di dalam sihat dan sentosa, panjang umur dan dimurahkan rezeki oleh Tuhan.

Back to top Go down
View user profile
Fwe
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts: 319
Registration date: 18/01/2008

PostSubject: Re: Buku Panduan Budi Bahasa Kita   Fri Feb 15, 2008 4:44 am

Antara Adik Beradik.

• Hubungan antara adik beradik adalah disusun oleh aturan kelahiran: dari sulung kepada tengah dan bongsu. Yang muda mesti hormatkan yang tua, adik menghormati kakak dan abang dengan memanggil secara baik seperti yang biasa dalam masyarakat; ‘Abang Long’, ‘Abang Ngah’, ‘Kak Cik’ atau sebagainya. Setiap pergaulan dan kelakuan antara adik beradik perlulah dengan sopan dan santun supaya sentiasa mesra dan baik. Kadangkala hubungan adik beradik boleh jadi bergaduh. Elok kita elakkan dari perselisihan dan pergaduhan ini.
• Rasa hormat dan sopan antara adik-beradik akan melahirkan kemesraan dan rasa setiakawan. Begitu juga sesama adik-beradik kita saling membantu.
Antara Saudara Mara.

• Komunikasi dan pergaulan antara saudara mara juga harus berasaskan rasa hormat, sopan dan santun.
• Kita hormat saudara mara kita kerana kita sentiasa ada hubungan darah dan perkahwinan dengan saudara mara sebelah ibu dan bapa. Begitu juga kita ada hubungan keluarga dengan mertua dan ipar.
• Bergaul dengan saudara mara kita perlu mengikut taraf mereka dalam keluarga serta mengikut umur mereka - lebih tua atau lebih muda. Jika kita seorang anak buah atau anak saudara maka kita sentiasa menyapa bapa saudara atau emak saudara dengan panggilan pangkat mereka; “Apa khabar Pak Long?”,
“Sudah makan Pak Cik?”. Berbahasa seperti ini amat baik dan menunjukkan sopan santun yang tinggi.
• Kunjung mengunjung antara saudara mara adalah amat baik dan dapat merapatkan hubungan. Apabila ada upacara seperti menyambut hari lahir, perkahwinan, ada berita tentang keuzuran kita patut mengunjungi. Kadang-kadang elok juga kita bercuti bersama saudara mara.
• Setiap anggota saudara mara patut sentiasa diperkenalkan antara satu sama lain. Perkenalan akan merapatkan hubungan dan tidak ada jarak sesama kita. Seperti kata pepatah: yang jauh didekatkan dan yang dekat sentiasa berhubungan
Back to top Go down
View user profile
Fwe
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts: 319
Registration date: 18/01/2008

PostSubject: Re: Buku Panduan Budi Bahasa Kita   Fri Feb 15, 2008 4:46 am

Institusi Kemasyarakatan

“ Yang tua dihormati...
Yang muda disayangi...”

Generasi Tua Dengan Yang Muda

• Dalam hidup sekampung, mesti sentiasa ada rasa hormat kepada yang tua. Kita mendahulukan yang tua dan yang muda dikemudiankan, tidak kira lelaki atau perempuan. Kita sapa mereka dengan panggilan seperti keluarga. Yang tua boleh dipanggil ‘Pakcik’ atau ‘Makcik’; ‘Abang’ atau ‘Kakak’ atau ‘Adik’ jika lebih muda.
• Bertutur, bercakap atau berbual dengan yang tua mestilah menggunakan nada suara yang lembut dan kelakuan yang sopan.
• Tidak digalakkan yang muda menyampuk percakapan yang tua, walau pun di dalam keadaan biasa. Begitu juga tidak digalakkan yang muda berjenaka dengan tua, apatah lagi mempermainkan yang tua. Itu tanda kurang ajar dan biadab.
• Pertuturan dan kelakuan kasar tidak diizinkan dalam sebarang pergaulan. Sopan santun dan tata susila akan melahirkan hubungan baik yang berterusan, walau pun umur dan pengalaman berbeza ataupun berbeza jantina. Malah, antara kenalan baru pun kelakuan kasar mesti dielakkan.
• Dalam pada itu, yang tua perlu memberi peluang kepada yang muda untuk memberi pendapat atau pandangan. Buah fikiran mereka harus juga dihargai terutama jika bernas. Pendapat yang kurang bernas patut diperbaiki dan diberi tunjuk ajar dengan cara yang baik. Elakkan dari bersikap memerli atau memandang rendah.
• Yang muda pula jangan cepat membantah jika pendapat tersebut kurang baik. Elok jika pendapat orang ditolak dengan secara yang halus dan merendah diri.
• Yang tua atau yang muda jangan suka bermegah- megah atau menunjukkan sikap sombong. Kejayaan seseorang itu patut dihargai dan disanjung dengan ucapan tahniah dan galakan. Tidak patut seseorang yang berjaya dipandang serong atau diperli untuk merendahkannya.

Pemimpin Masyarakat dan Orang Awam
Pemimpin ibarat
“ Pohon rendang di tengah padang
Batangnya untuk bergantung
Buahnya untuk dimakan Daunnya
untuk berlindung...”
• Setiap orang di dalam masyarakat adalah sama. Kerana peranan sosial dan kemampuan ekonomi maka ada yang lebih dipandang tinggi dan dihormati. Walau pun begitu, kita perlu saling menghormati antara satu sama lain.
• Kita patut menghormati seseorang yang dipilih menjadi pemimpin. Sudah pastilah dia terpilih kerana lebih baik dari yang lain. Kita juga patut bersama- sama menyokong pemimpin kita untuk menjayakan apa saja rancangan dan tindakan yang boleh memberi kebajikan bersama.
• Para pemimpin pula tidak patut menunjukkan kuasa yang tidak berpatutan, seperti suka membesar diri, sombong, dan bermegah. Pemimpin dan yang dipimpin perlu bekerja bersama-sama, bermuafakat, berunding dan sama-sama mencapai kebaikan masyarakat selaras dengan semangat bergotong- royong. Pemimpin yang baik ialah yang murah hati kepada pengikut.
“Sungai Pahang sama direnang
Renang menuju Tanjung Berangan
Kerja susah jadi senang
Kerja berat jadi ringan...”
• Bertutur dengan dipimpin patut menggunakan bahasa yang sopan dan mengelakkan bahasa kasar. Dahulukan ucapan dengan perkataan ‘maaf’ atau ‘tolong’, seperti “Maafkan saya, boleh tidak saya bertanya?.”, “Maaf, saya tidak bersetuju dengan pandangan tuan”. Tidak perlu kita berkasar dan berkeras dalam bahasa dan kelakuan.
• Hidup bermasyarakat memerlukan tutur kata yang sopan, perangai yang halus dan pekerti yang mulia. Seperti kata orang; mulut mesti manis, hati mesti baik. Kelakuan harus selaras dengan kedudukan masing-masing dan tidak menjejaskan silaturrahim antara sesama kita.
Dari Abi Hurairah Radiallahu-Anhu, Rasullulah
S.A.W bersabda :-
Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia memuliakan jirannya.
(Riwayat Al-Imam Muslim)

Masyarakat Umum

• Anggota masyarakat yang berbudi adalah orang yang menunjukkan perangai, kelakuan serta peribadi yang baik dan sentiasa menjaga dirinya dari segala macam kelakuan buruk yang tidak disetujui oleh masyarakat.
• Di kalangan anggota masyarakat elok kita saling menghormati dan memberi bantuan terutama kepada warga tua, warga istimewa, wanita dan kanak-kanak.
• Sentiasalah beratur ketika ingin mendapat sesuatu seperti membuat bayaran di kaunter atau menaiki bas. Jangan sekali berlaku kasar, menolak dan melanggar orang ketika berjalan atau ketika membeli belah.
• Sentiasa sabar dan baik hati ketika menunggu lampu lalulintas ketika berkenderaan di jalan raya terutama ketika di simpang dan memasuki simpang. Kita tidak perlu terlalu berebut-rebut dan memotong orang dengan kenderaan. Ia membahayakan nyawa.
• Bertimbang rasa adalah amalan budi yang amat baik. Tidak perlu kita bercakap dengan suara yang tinggi dan bising di tempat-tempat awam. Kawal diri dan suara kita kerana orang lain juga memerlukan ketenangan itu.
• Mengelak dari melakukan kekotoran dan membuang sampah adalah budi yang baik. Lebih baik lagi jika kita bersama mengutip sampah yang berselerak, membuang dalam tong sampah supaya suasana tidak kelihatan buruk.
• Tunjukkanlah budi bahasa yang mulia terhadap semua orang terutama kepada pelawat dan pelancong dari luar. Ia memancarkan peribadi yang beradab dan negara dan bangsa yang bertamadun. Seperti kata pepatah, budi bahasa tidak dijual-beli. Ia percuma dan murah.

Institusi Pembelajaran

Antara Guru dan Pelajar.
• Guru patut sentiasa mendidik murid-murid bukan saja dengan segala ilmu bahkan dengan budi bahasa dan akhlak. Dari awal persekolahan lagi mereka harus belajar menghormati guru.
• Sekolah juga mesti mendidik disiplin yang membolehkan setiap pelajar berkelakuan baik, teratur dan aman. Mereka mesti berdisiplin termasuk beratur pada masa perhimpunan mingguan, masuk ke dewan, duduk di bilik darjah dan ketika bertemu para guru dan Pengetua. Ucapan “Selamat Pagi”, “Assalamualaikum” dan sebagainya merupakan amalan terbaik. Para guru dan kakitangan sekolah yang menjadi teladan tentang kelakuan baik dan budi bahasa.
• Budi bahasa adalah juga pelengkap kepada semua nilai yang telah diajarkan di dalam kurikulum dan juga mata pelajaran agama dan moral. Dengan amalan budi bahasa kita dapat mengelakkan segala macam
‘masalah sosial’ .

Back to top Go down
View user profile
Fwe
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts: 319
Registration date: 18/01/2008

PostSubject: Re: Buku Panduan Budi Bahasa Kita   Fri Feb 15, 2008 4:47 am

Antara Pelajar dan Guru
• Membiasakan diri mengucapkan salam dan terima kasih.
• Menyampaikan pendapat secara sopan tanpa menyinggung perasaan.
• Menggunakan bahasa (kata) yang sopan dan beradab, tidak menggunakan kata-kata yang kotor dan kasar serta berunsur cacian dan lucah.
• Berani mengakui kesalahan yang dilakukan serta sentiasa bersedia untuk memohon maaf.
• Mentaati jadual sekolah dengan mengikuti waktu persekolahan dan tidak ponteng.
• Menjaga kesihatan dan kebersihan diri, sentiasa berpakaian kemas dan rapi, menjaga kemudahan sekolah serta memastikan kawasan sekolah termasuk tandas sekolah sentiasa dalam keadaan bersih dan selesa.
Antara Pelajar Dengan Pelajar Serta Rakan Sebaya


• Membiasakan diri mengucapkan salam atau ucap selamat sesama rakan pelajar serta rakan sebaya.
• Saling menghormati sesama rakan, menghargai perbezaan beragama, latar belakang masyarakat dan budaya masing-masing.

• Menghormati dan menghargai idea, fikiran dan pendapat serta hak milik rakan sebaya.
• Saling bantu-membantu dan bekerjasama sesama rakan sebaya.
• Tidak mengganggu suasana dan ketenangan belajar di kelas, perpustakaan, makmal dan di tempat- tempat lain.

Institusi Perkhidmatan

Pepatah Konfuciusme berkata bahawa...

“ Orang yang memerintah dengan kuasa moral (de’) adalah seperti bintang kutub yang mempunyai kedudukan tetap sementara yang lebih kecil memberi hormat kepadanya”.


Antara Ketua dan Anggota Yang Dipimpin.

• Layanan baik dan berbudi oleh ketua terhadap kakitangan bawahan akan menimbulkan rasa mesra dan mendorong semua kakitangan berusaha keras untuk membantu ketua mencapai matlamat organisasi.
• Sikap murah hati, sentiasa menunjuk ajar dan melayan orang bawahan sebagai ‘insan’ adalah budi yang tinggi dan merangsang kerjasama.
• Ketua perlu mempunyai ketinggian budi bahasa dan nilai-nilai yang baik untuk diteladani oleh orang bawahan seperti menghormati anggota yang dipimpin, menunjukkan sikap dan hubungan mesra, baik sangka dan bersedia menerima pandangan anggota yang dipimpin.
• Menunjukkan teladan yang baik, berhemah, memberi teguran secara tertib dan mematuhi undang-undang prosedur dan peraturan
• Ketua yang baik juga perlu adil dan saksama dalam membuat pertimbangan dan keputusan, berpegang kepada prinsip bersih cekap dan amanah, tidak melakukan penyelewengan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.


Antara Orang Yang Dipimpin Dengan Ketua


• Mematuhi arahan ketua adalah juga sebahagian dari budi bahasa yang baik. Ia menunjukkan bahasa seorang pekerja atau kakitangan tahu akan kedudukannya dan bersama membina organisasi di mana ia bergantung rezeki dan nasib.

• Sentiasa menepati masa untuk menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan oleh ketua serta sentiasa mematuhi peraturan dan prosedur yang telah telah ditetapkan.
Back to top Go down
View user profile
Fwe
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts: 319
Registration date: 18/01/2008

PostSubject: Re: Buku Panduan Budi Bahasa Kita   Fri Feb 15, 2008 4:47 am

Antara Rakan Sekerja

• Rakan patut saling menghormati antara satu sama lain untuk membina setia kawan yang erat dan teguh. Perasaan kerakanan boleh melahirkan kemesraan, rasa saling membantu dan tolong-menolong.
• Menunjukkan budi pekerti yang mulia, bahasa yang halus serta timbang rasa akan sentiasa menarik rakan sekerja untuk bersama menjalankan kerja yang bermutu, membina kesatuan organisasi dan juga mencapai matlamat dan misi organisasi.
• Mengamalkan sikap bantu membantu dan bermuafakat dalam melaksanakan tugas serta sentiasa menjaga kebersihan diri, berpakaian kemas dan terurus.
• Menerima nasihat, teguran, tunjuk ajar dengan hati yang terbuka serta sentiasa mematuhi arahan, peraturan dan tidak menggunakan waktu dan kemudahan pejabat untuk urusan peribadi.
• Hormat menghormati sesama rakan sejawat melalui percakapan yang sopan santun dan menunjukkan hormat dengan menggunakan bahasa dan gerak geri yang sesuai berdasarkan umur dan pangkat.

“Perkhidmatan Mesra Pelanggan
Back to top Go down
View user profile
 

Buku Panduan Budi Bahasa Kita

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 3Go to page : 1, 2, 3  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Blue-T Kids ::  :: -