Blue-T Kids

Kelab Sahabat Ana Muslim, Sayang Muslim & Blue-T Kids
 
HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  Log inLog in  
Share | 
 

 Buku Panduan Budi Bahasa Kita

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3  Next
AuthorMessage
Fwe
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts: 319
Registration date: 18/01/2008

PostSubject: Re: Buku Panduan Budi Bahasa Kita   Fri Feb 15, 2008 4:48 am

Antara Organisasi Dengan Pelanggan


“Asam Kandis mari dihiris
Manisnya sekali rasa isinya
Dilihat manis dipandang manis
Lebih manis hati budinya”.



Perkhidmatan Kaunter
• Menerima pelanggan dengan mesra serta mengucapkan salam atau selamat dengan nada riang sebagai mengalu-alukan kehadiran pelanggan. Dengan cara ini, pelanggan akan rasa senang hati dan dihargai.

• Peramah, ceria serta mudah mesra dan disenangi pelanggan.

• Menanyakan jenis urusan yang diperlukan oleh pelanggan dengan nada yang lembut tetapi jelas.

• Melihat wajah kepada pelanggan apabila mereka bercakap dan memberi perhatian kepada apa yang mereka tuturkan.

• Memberi perkhidmatan yang cekap dan cepat.

• Melayani pelanggan mengikut giliran yang sepatutnya.

• Memberi layanan yang adil tanpa membezakan pelanggan.

• Memberitahu dengan cara yang baik kepada pelanggan yang telah melakukan kesilapan semasa mengisi borang, tidak membawa dokumen atau sebagainya.

“Janganlah bertunggu sedetik ketika bagi kerja yang memerlukan tindakan segera ...”
(Tirukkural : 657)


• Jika kelewatan tidak dapat dielakkan, beri sebab kelewatan tersebut dan beritahu jangkamasa yang akan diambil untuk menyelesaikannya.

• Berikan sebab-sebab yang munasabah jika tidak dapat memenuhi kehendak pelanggan.

• Menyalurkan permohonan yang tidak dapat diselesaikan oleh kakitangan kaunter kepada penyelia/pihak atasan dengan serta-merta.

• Maklumkan kepada pelanggan tindakan lanjut yang perlu diambil (jika ada).

• Melafazkan ucapan yang dapat membuat pelanggan merasa diri mereka dihargai dan terus ingin berurusan seperti ‘Terima Kasih', ‘Jumpa Lagi’ dan ‘Salam’.

• Menunjukkan arah kepada pelanggan apabila beredar (Tetapi jangan menuding jari. Sila lakukan tunjuk arah dengan ibu jari sambil menggenggam.)


Back to top Go down
View user profile
Fwe
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts: 319
Registration date: 18/01/2008

PostSubject: Re: Buku Panduan Budi Bahasa Kita   Fri Feb 15, 2008 4:48 am

Perkhidmatan Telefon
• Bercakap dengan nada suara yang lembut, terang, jelas, sederhana dan mesra.

• Elakkan daripada kedengaran bosan dan keletihan semasa melayan panggilan dan jangan sesekali membiarkan emosi mempengaruhi tugasan.

• Jangan membiarkan pemanggil menunggu lebih dari setengah minit (30 saat) dan bersedia memohon maaf jika pemanggil menunggu lama.

• Bersedia membantu tanpa diminta.

“ Terang bulan di alam maya,
Kilatnya sampai ke Kampung Tanjung,
Berjuang tak minta dibayar,
Berkhidmat tak minta disanjung ”


“Bercakap dengan nada suara yang lembut, terang, jelas, sederhana dan mesra”


“Melayani pelanggan dengan ramah mesra, ceria, mudah, cekap dan tepat”

Peranan Pelanggan

• Berpakaian kemas apabila berurusan dengan pihak kerajaan atau swasta.

• Memberi salam atau ucapan “Selamat” sebelum menjalankan sebarang urusan.

• Menghormati peraturan dan tanda-tanda larangan seperti “Dilarang Merokok”, “Dilarang Membuat Bising”, “Dilarang Membuang Sampah Merata-rata” dan “Sila Beratur”.

• Bertuturlah dengan bahasa yang baik dan bersopan santun.

• Meminta pertolongan atau bantuan bukan bersikap seperti memaksa atau mengarahkan tetapi mengikut giliran.

• Jika berurusan dengan surat atau yang seumpamanya hendaklah mengikut peraturan yang ditetapkan.

• Memberi ucapan terima kasih apabila selesai berurusan dengan pihak pejabat.
Back to top Go down
View user profile
Fwe
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts: 319
Registration date: 18/01/2008

PostSubject: Re: Buku Panduan Budi Bahasa Kita   Fri Feb 15, 2008 4:49 am


Petikan Surah Al-Nisa’ : Ayat 32
Back to top Go down
View user profile
Fwe
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts: 319
Registration date: 18/01/2008

PostSubject: Re: Buku Panduan Budi Bahasa Kita   Fri Feb 15, 2008 4:50 am

BAB 4
Pengenalan Adat Resam
Kaum- Kaum Di Malaysia





Majlis kunjung mengunjungi di rumah terbuka ketika perayaan-perayaan utama menjadi amalan nilai-nilai murni rakyat Malaysia
Pengenalan Adat Resam Kaum - Kaum Di Malaysia


• Pengertian Adat Resam
• Adat Resam Melayu
• Adat Resam Cina
• Adat Resam India
• Adat Resam Iban di Sarawak
• Adat Resam Kadazandusun di Sabah


1. Adat resam adalah segala macam perbuatan yang sentiasa dilakukan pada setiap hari ataupun mengikut musim, pertukaran bulan mahupun tahun. Banyak kebiasaan ini merupakan cara harian kita seperti berpakaian, cara makan dan minum, jadual harian dari pagi hingga petang, cara bertemu dan bergaul dengan rakan-rakan dan kenalan ataupun cara menyapa seseorang tetamu.

Sebahagian lagi, adat resam itu merupakan upacara- upacara dalam pusingan kehidupan seseorang manusia misalnya adat kelahiran, adat berkhatan (untuk orang Islam), adat perkahwinan, adat kematian dan adat memperingati kematian pada setiap tahun.

Sebahagian yang lain, adat resam merupakan upacara- upacara dalam kalendar kehidupan sepanjang tahun. Misalnya, adat berkaitan pertanian dari menanam hingga menuai padi, upacara puja pantai bagi para nelayan. Ada juga adat yang merupakan perayaan tahunan seperti menyambut Tahun Baru Cina atau Kristian, perayaan Hari Raya Puasa Islam, perayaan Thaipusam dan Deepavali Tamil atau perayaan Gawai Iban dan Keamatan Kadazandusun. Adat resam adalah pancaran budi bahasa.

Catatan ini hanya ringkasan umum bagi lima kaum utama di
Malaysia sebagai gambaran tentang adat resam mereka.

Back to top Go down
View user profile
Fwe
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts: 319
Registration date: 18/01/2008

PostSubject: Re: Buku Panduan Budi Bahasa Kita   Fri Feb 15, 2008 4:51 am

Adat Resam Melayu


Majlis akad nikah masyarakat Melayu

• Adat resam masyarakat Melayu adalah berasaskan kepada ajaran agama Islam dan warisan kebudayaan mereka. Teras budaya hidup orang Melayu adalah mengerjakan sembahyang lima waktu iaitu sembahyang Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.

• Orang Melayu biasanya saling menyapa dengan ucapan “Salam” dan berjabat tangan. Kepada orang bukan Islam mereka mengucap “Selamat Pagi” atau sebagainya mengikut masa, ataupun “Apa Khabar” saja. Mereka biasanya menunjukkan wajah yang mesra dan suara yang lembut. Kepada sesama Islam diucapkan “Assalammualaikum”.

• Pada setiap tengah hari Jumaat mereka mengadakan sembahyang Jumaat beramai-ramai di tempat ibadat bernama ‘masjid’. Pada bulan-bulan tertentu mereka mengadakan acara ibadat tertentu seperti bulan Muharam dengan sambutan Awal Muharam, Rabi’ulawal dengan Maulidur Rasul, Rabi’ulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban dengan Nisfu Syaaban, Ramadan dengan puasa selama sebulan, Syawal dengan Hari Raya Puasa, Zulkaedah, Zulhijjah dengan pergi Mekah naik haji dan merayakan Hari Raya Haji.

• Dari segi adat istiadat dan upacara pula terdapat beberapa jenis adat dalam edaran hidup orang Melayu menyambut kelahiran seorang bayi. Ketika lahir seorang bayi lelaki, sebaik saja siap dibersihkan dan dibedungkan, dia disambut oleh seorang lelaki dewasa yang menyerukan ‘azan’ perlahan-lahan di telinganya. Bagi bayi perempuan ia diserukan dengan “Iqamat”.

• Biasanya setelah beberapa hari, sekurangnya seminggu, seorang anak itu diberi nama dan dicukur rambutnya dalam satu kenduri dan bacaan ‘berzanji’ serta doa selamat.

• Secara tradisi ibu Melayu ‘berpantang’ selama 40 hari, dengan mengurangkan makanan, gerak badan dan tidak mengambil beberapa jenis makanan yang ‘sejuk’. Ibu juga berdiang, yakni memanaskan badan di tepi unggun api atau tungku. Ataupun dia diurut oleh tukang urut dan memakan jamu serta dibengkung badannya dengan balutan kain panjang selama tempoh pantang itu.

• Setelah remaja kecil, kanak-kanak lelaki dikhatankan (circumcision) dan mula diajar membaca kitab suci Islam Al-Quran, sampai tamat (Khatam).

• Perkahwinan berlaku pada zaman belia kira-kira pada umur 20 tahun atau lebih. Apakala seorang lelaki telah menemui jodoh dengan seorang wanita maka ibubapa atau wakilnya masuk meminang untuk menetapkan tarikh perkahwinan dan bayaran-bayaran tertentu seperti mas kahwin, belanja hantaran dan pelbagai keperluan lain. Setelah kahwin pasangan muda boleh tinggal bersama keluarga lelaki, keluarga perempuan ataupun di rumah sendiri.

• Apakala isteri hamil maka beberapa upacara dan pantang larang diikuti. Bagi anak pertama secara tradisi diadakan upacara ‘lenggang perut’ untuk menjaga keselamatan kelahiran bayi. Waktu kelahiran, isteri dijaga oleh seorang bidan kampung. Sekarang urusan kelahiran dilakukan di hospital ataupun diuruskan oleh bidan yang terlatih dari Pusat Bidan.

• Ketika sakit, semua anggota keluarga sentiasa menjaga si sakit dan jiran-jiran digalakkan berkunjung serta mendoakan supaya selamat. Pada ketika hampir kematian, seseorang itu diajar ‘mengucap dua kalimah syahadat’. Ketika mati, mayatnya ditutup dan dibaringkan di ruang tamu dengan mengiring menghadap kiblat atau Mekah (Saudi Arabia). Dia akan dimandikan, diwangikan tubuhnya dengan gaharu, dikafankan, disembahyangkan dan kemudian dikebumikan di kawasan perkuburan oleh ketua agama seperti Imam secepat yang mungkin.

• Selepas sehari keluarganya akan mengadakan doa selamat selama tiga hari dan tujuh hari (dan secara tradisi kenduri 14, 40 serta 100 hari) dan juga kenduri arwah pada setiap tahun kematian.

• Di samping upacara-upacara tadi terdapat juga upacara dalam sistem pertanian seperti pertanian padi, menangkap ikan dan juga membina rumah. Ada juga kepercayaan tradisi berkaitan hantu dan kejadian alam yang mempunyai pantang larang tetapi banyak darinya telah dilupakan dan tidak lagi diamalkan kini.
Back to top Go down
View user profile
_MeItAnTeI_h@R33z_
Member Kamcing Blue-T Kids
Member Kamcing Blue-T Kids


Number of posts: 4766
Age: 18
Localisation: Bandar Sri Putra, Bangi, Selangor
Registration date: 18/07/2007

PostSubject: Re: Buku Panduan Budi Bahasa Kita   Fri Feb 15, 2008 4:56 am

byknye!!
copy je ke?
Back to top Go down
View user profile http://www.liriknasyid.com
Fwe
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts: 319
Registration date: 18/01/2008

PostSubject: Re: Buku Panduan Budi Bahasa Kita   Fri Feb 15, 2008 5:22 am

Adat Resam Cina



Pesta Tanglong

• Adat resam orang Cina terdiri dari pelbagai kepercayaan tentang alam dan campuran falsafah serta etika dari ahli- ahli fikir zaman kuno serta agama Buddha. Kerana itu mereka kelihatan menyembah berbagai ciri alam dari pagi hingga malam, mengikut perubahan musim dan berbagai kuasa tertentu.

• Tanpa kepercayaan khusus tentang Tuhan maka keluarga dan negara menjadi tumpuan pemujaan mereka. Dalam keluarga, roh nenek moyang menjadi tumpuan pemujaan. Ia ditandakan oleh sekeping Papan Peringatan (tablet) yang dicatatkan nama keturunannya. Papan ini merupakan tumpuan penyembahan keluarga dan diletakkan di ruang tamu rumah untuk semua keluarga. Setelah beberapa generasi papan ini disimpan di rumah klen (huay kuan) ataupun di rumah tokong.

• Hubungan antara ahli keluarga terutama antara suami dan isteri, bapa dan anak lelaki, antara adik-beradik lelaki, dengan ketua negara dan antara sahabat amatlah penting. Kerana itu mereka amat menghormati orang tua yang dipandang sebagai mempunyai kebijaksanaan.

• Lebih luas dari keluarga ialah persatuan perdagangan dan juga klen yang memuja seorang leluhur atau moyang yang sama. Oleh kerana klen itu amat penting maka di kalangan orang Cina terdapat nama keluarga. Secara tradisi terdapat banyak nama keluarga dan diturunkan melalui anak lelaki. Anak lelaki juga mewarisi harta dari bapanya.

• Kepentingan meneruskan keluarga menyebabkan perkahwinan seorang lelaki adalah amat penting. Secara tradisi perkahwinan mengikuti beberapa upacara yang bermula dengan merisik oleh seorang perantara hinggalah perkahwinan. Sekarang ini hanya pendaftaran menurut undang-undang saja yang diperlukan dan keraian yang mewah di restoran.

• Kelahiran anak mengikuti beberapa adat pantang larang untuk menjaga kesihatan si ibu dan kandungan. Dia digalakkan tidur dan makan dengan baik, membaca buku yang baik dan melihat benda-benda yang cantik. Waktu kelahiran anak itu dibersihkan dan dibedung. Pada hari ke 29 ia dicukur dan rambutnya dibungkus dengan kain merah dan digantung dekat bantalnya selama 100 hari dan kemudian dibuang ke sungai. Dia diharap akan berani pada masa hayatnya. Setelah sebulan upacara Bulan Penuh akan diadakan dengan meriah. Ulang tahun kelahirannya tidak diperingati kecuali oleh anaknya pada waktu tua secara besaran.

• Kematian adalah upacara yang amat berharga dan mahal bagi anak-anak. Keranda yang baik, tanah kuburan yang baik dan pakaian kematian yang bagus memerlukan belanja besar. Inilah hadiah terbaik anak kepada ibu bapanya. Jika tidak mampu masyarakat akan pasti membantu.

• Anak lelaki yang tua memainkan peranan utama memastikan upacara mandi, memberi makan, kafan dan memasukkan ke dalam keranda seperti yang dinasihatkan oleh seorang tukang tilik. Keranda dijaga hingga beberapa hari tertentu untuk lawatan dan sembahyang dan di kebumikan pada satu hari ganjil.


• Upacara pengkebumian adalah acara yang amat meriah dengan peraturan tertentu. Selepas pengkebumian diadakan pelbagai upacara lain terutama pembakaran colok dan alatan diperbuat dari kertas sebagai bekalan hidup di akhirat. Kerana itu banyak kepercayaan dan pantang larang yang mesti diperhatikan berkaitan kematian.

• Sepanjang tahun banyak sekali perayaan yang diikuti oleh orang Cina. Setiap bulan ada kegiatan dan upacara serta dewanya untuk dipuja. Adat resam mereka amatlah banyak dan dilakukan mengikut perubahan ‘musim’ terutama musim pertanian dan iklim seperti di negeri China.
Back to top Go down
View user profile
Fwe
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts: 319
Registration date: 18/01/2008

PostSubject: Re: Buku Panduan Budi Bahasa Kita   Fri Feb 15, 2008 5:23 am

Adat Resam India

• Masyarakat India, khususnya Tamil mengikuti resam adat agama Hindu meskipun ramai orang India yang beragama lain. Seperti kaum-kaum lain di Malaysia mereka juga menerima kunjungan dari jiran tetangga. Membawa buah tangan amatlah digalakkan sebagai tanda terima kasih kepada tuan rumah. Masuklah ke rumah mereka dengan kaki kanan dahulu.


Majlis menerima menantu di kalangan masyarakat India

• Mereka menyapa dengan sebutan ‘vanakam’ dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya. Tetamu sentiasa dijamu minuman atau makanan dan tetamu mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Jika menerima sesuatu, elok digunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran.

• Keluarga amat penting dalam masyarakat Tamil. Meskipun bapa memainkan peranan utama tetapi ibu adalah paling dihormati yang dianggap mulia, “Ibu adalah umpama Tuhan” dan anak perempuan pun dipanggil ‘amma’ seperti seorang ibu. Demikian itu penjagaan anak perempuan amat diperhatikan terutama ketika dara.

• Seorang suami pula adalah ‘Tuhan bagi isterinya’ dan mesti sentiasa dihormati. Kerana itu proses perkahwinan mesti ditentukan oleh seorang ketua agama yang membuat tilikan masa bertuah serta raksi pasangan berkahwin. Masa yang bertuah amatlah penting bagi segala acara dan upacara untuk mengelakkan berlakunya malapetaka ataupun nasib buruk. Untuk mengelakkan dari keadaan buruk maka biasanya perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau waktu matahari akan naik.

• Upacara perkahwinan dilakukan di rumah pengantin perempuan ataupun di kuil oleh seorang ketua agama. Pada satu kawasan empat segi di kuil itu, sami akan menyalakan api dan menyembah Tuhan untuk menyaksikan perkahwinan itu.

• Seorang bayi adalah acara penting keluarga dan masyarakat. Semua saudara mara dimaklumkan apakala lahir seorang bayi. Selama 16 hari selepas lahir keluarga tidak boleh melakukan sebarang upacara agama. Pada hari ke 16 upacara penting diadakan untuk menamakan anak, rumah dihiasi cantik, buaian dihiasi dan jiran-jiran dijemput bersama meraikan.

• Nama seorang anak didapati dari almanak Hindu mengikuti bintang dan hari kelahirannya. Seorang ketua agama akan ditanyakan untuk mencari nama bertuah itu mengikuti aksara bintangnya. Ketika menamakan itu bayi dipangku oleh orang tua satu persatu sambil dinyanyikan doa agama oleh kaum wanita. Selepas itu saudara mara yang hadir akan memberinya gelang untuk dipakaikan sebagai tanda selamat. Pada hari ke 30 bayi itu dibawa ke kuil dan upacara diadakan dengan doa selamat.

• Terdapat banyak perayaan di kalangan orang Tamil. Di sepanjang tahun, mengikut kalendar Hindu mereka mengadakan pelbagai upacara bersembahyang berkaitan musim dan perubahan tahun seperti di negeri India. Masyarakat Hindu sembahyang tiga kali sehari, pagi, tengahari dan petang di tempat tertentu di rumah. Mereka juga pergi ke kuil untuk bersembahyang ataupun mengadakan upacara agama.

• Perayaan Hindu adalah mengikuti peredaran bulan dan setiap bulan ditandakan oleh bulan mengembang dan bulan menirus. Sebanyak 21 jenis perayaan yang dilakukan termasuklah yang penting seperti Thaiponggal, Thaipusam dan Deepavali.

• Thaiponggal merupakan perayaan menuai dan ‘masak padi baru’ serta ‘memuja semangat padi’. Ia adalah masa yang amat bertuah untuk mangadakan perkahwinan dan upacara lain. Rumah dibersihkan dan dihiasi serta ‘ponggal’ (beras baru) dimasak di dalam periuk baru untuk dipersembahkan kepada Dewa Matahari dan juga disedekahkan kepada jiran tetangga.

• Thaipusam adalah perayaan bulan “Thai” untuk membersihkan diri dengan menggunakan susu, madu dan bunga di kuil dengan persembahan kepada dewa Subramaniam. Pada masa ini dibawa ‘kavadi’ yang berisi buah-buahan, susu dan pelbagai persembahan.

• Deepavali ialah ‘perayaan cahaya’ sebagai tanda kejayaan ‘cahaya’ ke atas ‘gelap’ atau ‘ilmu’ ke atas ‘kejahilan’ ataupun ‘keadilan’ mengatasi ‘kezaliman’. Inilah perayaan paling utama orang Hindu dan sembahyang diadakan terutama doa arwah. Lampu dinyalakan pada pagi hari, makan dihidang di atas daun pisang dan sebuah kelapa dibelah. Ketua keluarga mengusap kepala anggota keluarga dengan minyak dan kemudian mereka mandi untuk menyucikan diri dan berdoa. Kemudian barulah mereka saling berkunjung ke rumah jiran-jiran dan beraya
Back to top Go down
View user profile
Fwe
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts: 319
Registration date: 18/01/2008

PostSubject: Re: Buku Panduan Budi Bahasa Kita   Fri Feb 15, 2008 5:38 am


Persembahan tarian etnik Sarawak sempena Gawai Dayak

</FONT>

Adat Resam Iban

• Secara tradisi kehidupan masyarakat Iban diatur oleh adat mereka yang amat rapat berkait dengan sistem pertanian berhuma (bumai) padi. Di atas asas kepercayaan kepada semangat padi maka pelbagai perayaan (Gawai) dilakukan pada masa tertentu di sepanjang tahun.

• Gawai diketuai oleh beberapa ketua tertentu bergantung kepada jenis dan tujuannya. Permulaan upacara pertanian padi dilakukan oleh “Tuai Burung” yang melihat gerak-geri dan bunyi burung untuk memulakan acara. Kegiatan pertanian itu sendiri akan diketuai oleh “Tuai Rumah” sebagai ketua dalam rumah panjang. Apakala sampai kepada membacakan sampi (jampi), doa dan tusut (salasilah) maka “Lemambang” akan melakukannya dengan melagukan ‘pengap’. Jika berlaku kesakitan atau sebagainya maka “Manang” akan melakukannya untuk pengubatan.

• Dalam konsep masyarakat Iban “Raja Entala” merupakan kuasa ketuhanan. Dialah yang melahirkan manusia yang menurunkan orang Iban yang memberi segala macam upacara, gawai dan pantang larang dan peraturan hidup bernama ‘adat’. Segala macam peraturan, adat-istiadat dan upacara adalah adat.

• Untuk memulakan kehidupan bertani maka “Tuai Burung” akan melakukan beburung, yakni melihat dan mendengar beberapa jenis burung. Bunyi burung akan memberikan petanda terhadap bertuah atau buruknya suatu kegiatan dan masa melakukannya. Bunyi burung tidak boleh diketepikan kerana akan mendatangkan bala serta kematian. Namun untuk menilik akan punca penyakit, “Manang” (pawang) akan menggunakan hati babi hutan.

• Penyakit dikatakan berpunca dari pelanggaran terhadap ‘adat’ terutama pantang (mali) dan larangan dalam berbagai upacara kepercayaan, kehidupan sosial dan juga kegiatan berhuma. Pelanggaran terhadap pantang berkaitan semangat padi adalah yang paling berat kerana ia melibatkan makanan dan hasil tuaian.

• Di sepanjang tahun masyarakat Iban merayakan suatu jenis Gawai tertentu bergantung kepada tahap bertani dan juga kehidupan seluruhnya. Gawai kecil adalah semacam doa selamat setelah berjaya mendapat sesuatu ataupun terelak dari bahaya.

• Gawai utama ialah yang berkaitan dengan pertanian padi seperti Gawai Batu dan Gawai Benih. Jika berlaku ancaman nyawa masyarakat maka diadakan Gawai Kenyalang atau Gawai Burung, suatu perayaan amat besar, melibatkan seluruh Rumah Panjang dan jarang dilakukan. Satu lagi Gawai terbesar ialah Gawai Antu yang memperingatkan arwah-arwah moyang-moyang mereka.

• Dalam Gawai utama inilah semua ketua adat akan memainkan peranan termasuk “Tuai Burung”, “Tuai Rumah”, “Lemambang” dan mungkin “Manang”. Semua anggota rumah panjang dan jiran-jiran dari rumah panjang lain dijemput dalam perayaan itu. Ia bermula dengan seruan terhadap ‘antu’ atau roh orang yang berkuasa terutama antu arwah-arwah ketua yang telah meninggal.Sepanjang malam Lemambang akan melagukan ‘pengap’ atau jampi menjemput antu dan roh dari seluruh alam untuk bersama. Ketika itu juga makanan dan minuman tuak diedarkan oleh semua bilik dalam rumah panjang dan semua bergembira.

• Kehidupan masyarakat Iban berlaku dalam rumah panjang, bilik-bilik dan juga ruang tertentu dalam rumah panjang itu. Di situlah mereka melahirkan anak, berkahwin dan kemudian meninggal dan dikebumikan di kawasan berdekatan rumah panjang. Adat mengatur semua segi kehidupan termasuk nilai utama, kebiasaan harian dan juga hukuman yang melanggar pantang serta taboo yang berat.


Adat Resam Kadazandusun


Tarian Sumazau semasa sambutan
Hari Kaamatan masyarakat Kadazandusun

• Masyarakat Kadazandusun terdiri dari pelbagai kelompok di berbagai daerah di Sabah dan masing-masing mempunyai adat resam yang sedikit berlainan. Namun sekarang terdapat kesedaran untuk bersatu sebagai satu kaum.

• Walaupun kini sebahagian besar masyarakat Kadazandusun telah beragama Kristian tetapi secara tradisi telah ada konsep ketuhanan di kalangan mereka disebut “Kinorohingan”. Dari keturunan inilah maka manusia berada di dunia dengan membawa segala nilai dan adat yang sedia adat.

• Demikian juga roh manusia yang meninggal akan berpindah ke Gunung Kinabalu yang disebut mereka sebagai “Aki Nabalu”. Dari sana roh-roh akan berpindah pula ke tempat lain sebagai syurga dan neraka.

• Untuk mempastikan manusia dan roh terselamat maka masyarakat mengamalkan hukum adat sebagai peraturan kehidupan. Maka adat membentuk kelakuan supaya benar dan betul. Segala pelanggaran terhadap adat akan menerima hukum dari yang ringan hingga yang berat seperti hukum mati. Hukuman yang ringan termasuklah membayar “sogit / sugit” yakni denda terhadap suatu kesalahan yang dikenakan oleh Ketua Masyarakat dan juga Mahkamah Anak Negeri.

• Adat mengatur semua corak kehidupan dari beranak hingga kepada kematian. Dari sejak dalam kandungan seorang ibu sudah menghadapi pelbagai pantang larang agar dia sentiasa baik dan selamat. Ketika itu juga bidan (manninikau) telah ditentukan yang akan menguruskan kelahiran anak.

• Setelah kelahiran lebih banyak lagi pantang yang dikenakan untuk keselamatan ibu. Anak juga dijaga supaya tidak dirasuk oleh roh jahat. Pada hari ke 8 anak dicukur dan diberi nama dengan segala jampi serapahnya.

• Perkahwinan di kalangan masyarakat Kadazandusun berlaku menurut hukum adat dan bermula dari merisik. Adat ‘mintarom’ melarang perkahwinan sumbang antara anggota keluarga yang rapat. Selepas risikan dan tidak ada bermimpi buruk maka pertunangan dirasmikan dengan pemberian cincin.

• Untuk perkahwinan akan diadakan adat menghantar yang terdiri dari pelbagai alatan seperti gong dan tajau bergantung kepada taraf ibubapa dalam masyarakat. Selepas itu diadakan pesta perkahwinan yang mengikat keduanya sebagai suami isteri. Adat kematian melibatkan anggota keluarga dan masyarakat umum. Anggota keluarga menjaga mayat dari roh jahat dengan tidur berdekatan. Kemudian mayat dibersihkan, dimandikan, dipakaikan pakaian dan dikebumikan bersama barang persendirian ketika hidup. Di sepanjang upacara ini pelbagai pantang dan larang dikenakan kepada keluarga dan orang awam untuk menjaga kesejahteraan kampung dan penduduknya.

• Hukum adat adalah segala peraturan hidup mereka. Kesalahan melanggar sebarang adat akan dikenakan sugit. Terdapat berbagai sugit dalam semua aspek kehidupan berkeluarga, hak peribadi, hak kampung halaman dan juga perhubungan dengan alam.

• Demikian juga hidup manusia dalam alam adalah bersama dengan berbagai makhluk halus yang baik mahupun yang jahat. Maka adat itu menjaga hubungan ini kerana takut berlaku pelanggaran dan menyebabkan roh itu mengenakan kesakitan kepada manusia. Dalam hubungan dengan alam ghaib inilah “Bobohizan” memainkan peranan penting untuk menjaga perimbangan hubungan itu. “Bobohizan” akan menggunakan mentera, jampi dan serapah untuk berhubung dan memohon kebaikan dari roh yang menghuni alam ghaib.

• Seperti juga masyarakat lain yang bertani maka orang Kadazandusun mempunyai pelbagai upacara berkaitan pertanian, yang berkait masyarakat umum dan juga diri orang persendirian. Upacara pertanian kini menjadi perayaan tahunan Kaamatan. Upacara masyarakat pula berkaitan perbersihan kampung, menghalau penyakit dan memohon kepada roh supaya melindungi mereka. Demikian itu masyarakat memainkan peranan untuk menanam nilai rohani ke dalam anggotanya demi keselamatan.

</FONT>
Back to top Go down
View user profile
Fwe
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts: 319
Registration date: 18/01/2008

PostSubject: Re: Buku Panduan Budi Bahasa Kita   Fri Feb 15, 2008 5:38 am

BAB 5
Pelan Tidakan Penerapan Budi
Bahasa dan Amalan Nilai Murni



Pelan Tindakan Penerapan Budi Bahasa dan Nilai - Nilai Murni


1. Pelan tindakan pelaksanaan Kempen Budi Bahasa dan Amalan Nilai-Nilai Murni ini akan dilaksanakan secara bersepadu melibatkan beberapa kementerian dan agensi kerajaan di samping lain-lain badan bukan kerajaan, sektor swasta dan persatuan masyarakat yang berkaitan.

2. Kementerian dan agensi kerajaan yang berkaitan secara langsung adalah :

• Jabatan Perdana Menteri
• Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
• Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
• Kementerian Pelajaran
• Kementerian Pengajian Tinggi
• Kementerian Belia dan Sukan
• Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
• Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
• Kementerian Penerangan
• Jabatan Perkhidmatan Awam
• Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
• Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
• Institut Kefahaman Islam Malaysia

3. Sektor Korporat, Swasta, Badan Sukarela, Institusi Masjid dan Rumah Ibadat.

Sektor korporat dan swasta melalui pendekatan bersepadu, perkongsian pintar dan tanggungjawab sosial akan dapat menerap dan mengamalkan budi bahasa dan nilai-nilai murni khususnya di dalam institusi perkhidmatan dan hal ehwal korporat di sektor masing-masing.

Institusi berkenaan dapat memainkan peranan yang utama bersama kerajaan melalui usahasama dan penajaan kepada aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan bagi menjayakan program Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni.
Badan-badan sukarela pula seperti persatuan penduduk, persatuan keagamaan, kelab-kelab kebajikan, kelab-kelab belia, kelab-kelab kebudayaan dan rekreasi yang merupakan jentera pelaksana dasar- dasar kerajaan yang berkesan kerana dapat melangkaui hingga ke akar umbi. Di atas semangat kesukarelaan yang tinggi, kerja-kerja amal dapat diadakan atas dasar permuafakatan, kerjasama dan setiakawan melalui kerja-kerja bimbingan, kesedaran dan kemasyarakatan untuk menyampaikan maklumat, mempromosikan program dan aktiviti kempen.

Institusi masjid dan rumah-rumah ibadat lain memainkan peranan yang penting memperkukuhkan silaturahim dan perhubungan di kalangan penganut dan pengikut agama dan kepercayaan masing-masing. Aktiviti-aktiviti mengimarah masjid dan memakmurkan rumah-rumah ibadat akan mempercepatkan lagi penyampaian mesej kerajaan akan kepentingan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni di samping menjadi sumber rujukan, kaunseling dan lain-lain lagi. Ini termasuklah menanamkan nilai dan amalan kebersihan di dalam dan di persekitaran kawasan ibadat.

Aktiviti yang dirancang akan melibatkan pelbagai lapisan masyarakat dan anggota kerja dari sektor awam, swasta, badan-badan bukan kerajaan, pemimpin-pemimpin politik, belia, pelajar-pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi. Pelbagai program akan diterapkan melalui kementerian serta agensi dan badan-badan yang berkaitan.

Aktiviti-aktiviti kempen ini dirancang secara berterusan bagi memberikan impak yang berpanjangan di kalangan rakyat serta memberi kesan psikologi terutama kepada generasi muda tentang keutamaan dan kebaikan memiliki dan mengamalkan budi bahasa dan nilai-nilai murni dalam aspek kehidupan bermasyarakat
Back to top Go down
View user profile
Fwe
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts: 319
Registration date: 18/01/2008

PostSubject: Re: Buku Panduan Budi Bahasa Kita   Fri Feb 15, 2008 5:39 am

Penghargaan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia merakamkan setinggi - tinggi penghargaan
dan terima kasih terutama kepada :

Jabatan Perdana Menteri
Jabatan Perkhidmatan Awam
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Kementerian Penerangan
Kementerian Pelajaran
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Kementerian Pengajian Tinggi
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Kementerian Belia dan Sukan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Institut Kefahaman Islam Malaysia

Media massa dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan Kempen Budi Bahasa dan Nilai - Nilai Murni
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang jua


“ Terima Kasih Daun Keladi”
Back to top Go down
View user profile
Fwe
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts: 319
Registration date: 18/01/2008

PostSubject: Re: Buku Panduan Budi Bahasa Kita   Fri Feb 15, 2008 5:39 am

Lagu Tema

Budi Bahasa Budaya
Kita Ibu bapa dan kaum keluarga
Saudara terdekat jiran tetangga
Sayang menyayangi bertegur sapa
Ketulusan ikatan sepanjang usia

Para guru rakan sekolah
Turut warnai kehidupan kita
Ilmu ditimba pengalaman bertambah
Pergaulan sihat peribadi ceria
Bangsa Malaysia berhemah tinggi
Ramah dan mesra elok pekerti

Yang tiada dibantu, yang lemah dilindungi
Bertimbang rasa hormat-menghormati
Kita berkhidmat jujur dan ikhlas
Mencurah bakti tak minta dibalas
Harapan rakyat satu amanah

Budi bahasa budaya kita
Lirik: Habsah Hassan
Lagu: Pak Ngah (Suhaimi Md.Zain) Penyanyi: Siti Nurhaliza


45 Nilai-Nilai Murni Untuk Amalan Rakyat Malaysia

• Kepercayaan Kepada Tuhan
• Kesetiaan Kepada Negara dan Pemerintah
• Keikhlasan Diri
• Hormat Menghormati
• Kasih-Sayang
• Semangat Kemasyarakatan
• Berpengetahuan
• Kebersihan Fizikal dan Mental
• Bersih
• Semangat Kejiranan
• Semangat Kerjasama
• Kesederhanaan
• Kesyukuran dan Keredhaan
• Berdaya Saing
• Menghargai Masa
• Semangat Hidup Bermasyarakat
• Menghulur dan Menerima Kemaafan
• Disiplin Diri
• Bertanggungjawab
• Beramanah
• Adil
• Tolong Menolong
• Prihatin


• Sabar
• Bertimbang Rasa
• Toleransi
• Bersimpati
• Merendah Diri
• Bersungguh - Sungguh
• Menghormati Hak Setiap Individu
• Menyayangi Diri, Keluarga, Jiran dan
Masyarakat
• Suci Hati
• Berfikiran Positif
• Amalan Baik
• Sedia Berkorban untuk Kebaikan Bersama
• Berkongsi Untung Nasib
• Benar
• Berani
• Murah hati
• Yakin Diri
• Berpada
• Berlemah Lembut
• Ikhlas
• Berterus Terang
• Bercita - Cita Tinggi
Back to top Go down
View user profile
_MeItAnTeI_h@R33z_
Member Kamcing Blue-T Kids
Member Kamcing Blue-T Kids


Number of posts: 4766
Age: 18
Localisation: Bandar Sri Putra, Bangi, Selangor
Registration date: 18/07/2007

PostSubject: Re: Buku Panduan Budi Bahasa Kita   Fri Feb 15, 2008 5:40 am

buat penat je tulis ni....
bknnye ade sape nk bca pun..
Back to top Go down
View user profile http://www.liriknasyid.com
Fwe
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts: 319
Registration date: 18/01/2008

PostSubject: Re: Buku Panduan Budi Bahasa Kita   Fri Feb 15, 2008 5:41 am

Neo wrote:
buat penat je tulis ni....
bknnye ade sape nk bca pun..


tak ape ler
Back to top Go down
View user profile
Fwe
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts: 319
Registration date: 18/01/2008

PostSubject: Re: Buku Panduan Budi Bahasa Kita   Fri Feb 15, 2008 5:42 am

Neo wrote:
byknye!!
copy je ke?

tak ler....tulis cuma copy gmbar jer
Back to top Go down
View user profile
 

Buku Panduan Budi Bahasa Kita

View previous topic View next topic Back to top 
Page 2 of 3Go to page : Previous  1, 2, 3  Next

 Similar topics

-
» Koleksi Buku-Buku Ilmiah
» BAHASA KOREA : Mari Belajar Bahasa Korea - Speak Korean...Let's Join..
» BAHASA CINA:Mari belajar bahasa cina
» BAHASA SEPANYOL : Mari belajar bahasa sepanyol
» Panduan memohon penukaran enjin

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Blue-T Kids :: Ana Muslim :: Sahabat Ana Muslim-