Blue-T Kids

Kelab Sahabat Ana Muslim, Sayang Muslim & Blue-T Kids
 
HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  Log inLog in  

Share | 
 

 Salam Sejahtera

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Fwe
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts : 319
Registration date : 18/01/2008

PostSubject: Salam Sejahtera   Thu Mar 06, 2008 6:49 am

Assalamualaikum. Hanya hendak berkongsi dengan sahabat2 satu kisah teladan Saidina Umar r.a.

[u][b]KETEGASAN MELAKSANAKAN HUKUM ALLAH[/b][/u]

Khalifah Sayyidina Umar ibnu Khattab terkenal dengan ketegasannya dalam menjalankan hukum-hukum Allah. Dengan sebab ketegasannya itulah, orang merasa segan dan hormat kepadanya.

Sayyidina Umar mempunyai beberapa orang anak laki-laki, di antaranya ialah Abdul Rahman bin Umar. Ia juga terkenal dengan panggilan Abu Syahamah.

Suatu hari Abu Syahamah diuji oleh Allah dengan satu penyakit yang dideritainya selama kira-kira setahun. Berkat kesabaran dan usahanya akhirnya penyakit tersebut dapat disembuhkan. Sebagai mensyukuri dan tanda gembira terlepas dari ujian Allah ini, Abu Syahamah yang sudah lama tidak keluar rumah itu menghadiri majlis jamuan besar-besaran di sebuah rumah perkampungan Yahudi atas jemputan kawan-kawannya yang juga terdiri daripada kaum Yahudi. Abu Syahamah dan kawan-kawannya berpesta sehingga lupa kepada larangan Allah dengan meminum arak sehingga mabuk.

Dalam keadaan mabuk itu, Abu Syahamah pulang melintasi pagar kaum Bani Najjar. Dia ternampak seorang perempuan Bani Najjar sedang berbaring, lalu mendekatinya dengan maksud untuk memperkosa. Apabila perempuan itu mengetahuinya dia berusaha untuk melarikan diri sehingga berjaya mencakar muka dan mengoyakkan baju Abu Syahamah. Malangnya dia tidak berdaya dan berupaya menahan Abu Syahamah yang sudah dikuasai oleh syaitan. Akhirnya terjadilah perkosaan.

Akibat perkosaan tersebut perempuan itu hamil. Setelah sampai masanya anak yang dikandung oleh perempuan itu pun lahir, lalu dibawa ke Masjid Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam untuk mengadap Amirul Mukminin bagi mengadukan hal kejadian yang menimpa dirinya. Kebetulan yang menjawat jawatan khalifah pada waktu itu ialah Sayyidina Umar ibnu Khattab.

"Wahai Amirul Mukminin, ambillah anak ini kerana engkaulah yang lebih bertanggungjawab untuk memeliharanya daripada aku."

Mendengar kenyataan tersebut, Sayyidina Umar merasa terkejut dan hairan. Perempuan itu berkata lagi: "Anak damit ini adalah keturunan darah daging anak tuan yang bernama Abu Syahamah."

Sayyidina Umar bertanya: "Dengan jalan halal atau haram?"

Perempuan itu dengan berani menjawab: "Ya Amirul Mukminin, Demi Allah yang nyawaku di tanganNya, daripada pihak aku anak ini halal dan daripada pihak Abu Syahamah, anak ini haram."

Sayyidina Umar semakin kebingungan dan tidak faham maksud perempuan Bani Najjar ini lalu menyuruh perempuan ini berterus terang.

Perempuan itu pun menceritakan kepada Sayyidina Umar peristiwa yang menimpa dirinya sehingga melahirkan anak itu.

Sayyidina Umar mendengar pengakuan perempuan itu sehingga menitiskan air mata.

Kemudian Sayyidina Umar menegaskan: "Wahai perempuan jariyah (jariyah adalah panggilan budak perempuan bagi orang Arab), ceritakanlah perkara yang sebenarnya supaya aku dapat menghukum perkara kamu ini dengan sebenar-benarnya dan seadil-adilnya."

Perempuan itu menjawab: "Ya Amirul Mukminin, penjelasan apa yang tuan kehendaki daripadaku? Demi Allah!, Sesungguhnya aku tidak berdusta dan aku sanggup bersumpah di hadapan mushaf al-Qur'an."

Lalu Sayyidina Umar mengambil mushaf al-Qur'an dan perempuan itu pun bersumpah bermula dari surah al-Baqarah hingga surah Yassiin. Kemudian bertegas lagi: "Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya anak ini adalah dari darah daging anakmu Abu Syahamah."

Kemudian Sayyidina Umar berkata: "Wahai jariyah! Demi Allah engkau telah berkata benar." Kemudian beliau berpaling kepada para sahabat, katanya "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, aku berharap kamu semua tetap di sini sehingga aku kembali."

Tak lama kemudian Sayyidina Umar datang lagi sambil membawa wang dan kain untuk diberikan kepada perempuan malang itu: "Wahai jariyah, ambillah wang sebanyak tiga puluh dinar dan sepuluh helai kain ini dan halalkanlah perbuatan anakku terhadapmu di dunia ini dan jika masih ada lagi bakinya, maka ambillah sewaktu berhadapan dengan Allah nanti." Perempuan itu pun mengambil wang dan kain yang diberikan oleh Sayyidina Umar lalu pulang ke rumah bersama-sama dengan anaknya.

Setelah perempuan itu pulang Sayyidina Umar berkata kepada sahabat-sahabatnya: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, tetaplah kamu di sini sehingga aku kembali."

Sayyidina Umar terus pergi menemui anaknya Abu Syahamah yang ketika itu sedang menghadapi hidangan makanan. Setelah mengucap salam dia pun berkata: "Wahai anakku, hampirilah padaku dan marilah kita makan sama-sama. Tidakku sangka inilah hari terakhir bekalanmu untuk kehidupan dunia."

Mendengar perkataan ayahnya itu, Abu Syahamah terkejut seraya berkata, "Wahai ayahku, siapakah yang memberitahu bahawa inilah hari terakhir bekalanku untuk kehidupan dunia? Bukankah wahyu itu telah putus setelah wafatnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."

Kata Sayyidina Umar: "Wahai anakku, berkata benarlah sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Dia tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan Dialah Maha Luas Penglihatannya." Sambung Sayyidina Umar lagi: "Masih ingatkah engkau, hari semasa engkau pergi ke satu majlis di perkampungan Yahudi dan mereka telah memberikan kamu minum arak sehingga kamu mabuk? Kemudian dalam keadaan mabuk kamu pulang melintasi perkampungan Bani Najjar di mana engkau bertemu dengan seorang perempuan lalu memperkosanya? Berkata benarlah anakku, kalau tidak engkau akan binasa."

Abu Syahamah mendengar kenyataan ayahnya itu dengan perasaan malu sambil diam membisu. Dengan perlahan beliau membuat pengakuan: "Memang benar aku lakukan hal itu, tapi aku telah menyesal di atas perbuatanku itu."

Sayyidina Umar menegaskan: "Tiada guna bagimu menyesal setelah berbuat suatu kerugian. Sesungguhnya engkau adalah anak Amirul Mukminin tiada seorang pun yang berkuasa mengambil tindakan ke atas dirimu, tetapi engkau telah memalukan aku di hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."

Kemudian Sayyidina Umar memegang tangan Abu Syahamah lalu membawa ke tempat para sahabat yang sudah sekian lama menunggu.

"Mengapa ayahanda melakukan ini?" Tanya Abu Syahamah.

"Kerana aku mahu tunaikan hak Allah semasa di dunia supaya aku dapat lepas daripada dituntut di akhirat kelak," jawab Sayyidina Umar dengan tegas.

Abu Syahamah dengan cemas merayu: "Wahai ayahandaku, aku mohon dengan nama Allah, tunaikanlah hak Allah itu di tempat ini, jangan malukan aku di hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam."

Jawab Sayyidina Umar: "Engkau telah membuat malu dirimu sendiri dan engkau telah menjatuhkan nama baik ayahmu."

Apabila sampai di hadapan para sahabat mereka pun bertanya: "Siapakah di belakangmu wahai Amirul Mukminin?" Jawab Sayyidina Umar: "Wahai sahabatku, sesungguhnya di belakang aku ini adalah anakku sendiri dan dia telah mengaku segala perbuatannya, benarlah perempuan yang menyampaikan khabar tadi."

Kemudian Sayyidina Umar memerintah budaknya (hambanya): "Wahai Muflih, pukullah anakku Abu Syahamah, rotanlah dia sehingga dia merasa sakit, jangan kasihani dia, setelah itu kamu aku merdekakan kerana Allah."

Muflih agak keberatan untuk melakukannya kerana khuatir tindakannya itu akan memberi mudharat kepada Abu Syahamah, tetapi terpaksa mengalah apabila diperintah oleh Sayyidina Umar. Tatkala dia memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh kali, kedengaranlah Abu Syahamah dalam kesakitan: "Wahai ayahandaku, rasanya seperti api yang menyala pada jasadku."

Jawab Sayyidina Umar: "Wahai anakku, jasad ayahmu ini terasa lebih panas dari jasadmu."

Kemudian Sayyidina Umar memerintah Muflih memukul sebanyak sepuluh rotan lagi. Berkata Abu Syahamah: "Wahai ayahandaku, tinggalkanlah aku supaya aku dapat mengambil sedikit kesenangan."

Jawab sayyidina Umar: "Seandainya ahli neraka dapat menuntut kesenangan, maka aku pasti akan berikan kepadamu kesenangan."

Setelah itu Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh rotan lagi. Abu Syahamah merayu: "Wahai ayahandaku aku mohon kepadamu dengan nama Allah, tinggalkanlah aku supaya aku dapat bertaubat."

Jawab Sayyidina Umar dengan pilu: "Wahai anakandaku, apabila selesai aku menjalankan hak Allah, jika engkau hendak bertaubat pun maka bertaubatlah dan jika engkau hendak melakukan dosa itu lagi pun maka lakukanlah dan engkau akan dipukul seumpama ini lagi."

Selanjutnya Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh kali sebatan lagi.

Abu Syahamah terus merayu: "Wahai ayahandaku, dengan nama Allah aku mohon kepadamu berilah aku minum seteguk air."

Sayyidina Umar menjawab dengan tegas: "Wahai anakandaku, seandainya ahli neraka dapat meminta air untuk diminum, maka aku akan berikan padamu air minum."

Perintah Sayyidina Umar diteruskan dengan meminta Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh rotan. Abu Syahamah mohon dia dikasihani: "Wahai ayahandaku, dengan nama Allah aku mohon kepadamu kasihanilah aku."

Sayyidina Umar dengan sayu menjawab: "Wahai anakandaku, kalau aku kasihankan kamu di dunia, maka engkau tidak akan dikasihani di akhirat."

Sayyidina Umar selanjutnya memerintahkan Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh kali sebatan. Abu Syahamah dengan nada yang lemah berkata: "Wahai ayahandaku, tak kasihankah ayahanda melihat keadaan aku begini sebelum aku mati?"

Sayyidina Umar menjawab: "Wahai anakandaku, aku akan hairan kepadamu sekiranya engkau masih hidup dan jika engkau mati kita akan berjumpa di akhirat nanti."

Sayyidina Umar terus memerintahkan Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh rotan. Dalam keadan semakin lemah Abu Syahamah berkata; "Wahai ayahandaku, rasanya seperti sudah sampai ajalku....."

Sayyidina Umar dengan perasaan sedih berkata: "Wahai anakandaku, jika engkau bertemu Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, sampaikan salamku kepadanya, katakan bahawa ayahandamu memukul dirimu sehingga kau mati."

Di saat yang semakin hiba ini Sayyidina Umar terus menyuruh Abu Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh kali rotan. Setelah itu Abu Syahamah dengan kudrat yang semakin lemah berusaha memohon simpati kepada para hadirin: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, mengapa kamu tidak meminta pada ayahandaku supaya memaafkan aku saja?"

Kemudian salah seorang sahabat pun menghampiri Sayyidina Umar dan berkatas: "Wahai Amirul Mukminin, hentikanlah pukulan ke atas anakmu itu dan kasihanilah dia."

Sayyidina Umar dengan tegas berkata: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, apakah kamu tidak membaca ayat Allah dalam surah an-Nuur ayat 2 yang tafsirnya: "Jangan kamu dipengaruhi kasihan belas pada keduanya dalam menjalankan hukum Allah."

Mendengar penjelasan Sayyidina Umar itu, sahabat Rasulullah pun diam tidak membantah, sementara itu Sayyidina Umar terus memerintah Muflih memukul sepuluh sebatan lagi.

Akhirnya Abu Syahamah mengangkat kepala dan mengucapkan salam dengan suara yang sangat kuat sebagai salam perpisahan yang tidak akan berjumpa lagi sehingga hari kiamat.

Kemudian berkata Sayyidina Umar: "Wahai Muflih, pukullah lagi sebagai menunaikan hak Allah." Muflih pun meneruskan pukulan untuk ke seratus kalinya.

"Wahai Muflih, cukuplah pukulanmu itu," perintah Sayyidina Umar apabila melihat anaknya tidak bergerak lagi. Setelah itu Sayyidina Umar mengisytiharkan: "Wahai sekalian umat Islam, bahawasanya anakku Abu Syahamah telah pergi menemui Allah." Mendengar pengumuman itu ramailah umat Islam datang ke masjid sehingga masjid menjadi sesak. Ada di antara mereka sedih dan terharu, malah ramai yang menangis melihat peristiwa tersebut.

Menurut sumber lain, daripada Kitab Sirah Umar bin al-Khattab al-Khalifatul Rasyid umumnya masyarakat berpendapat kematian Abu Syahamah adalah disebabkan oleh pukulan rotan ayahnya sendiri Sayyidina Umar Radhiallah 'Anhu.

Setelah selesai jenazah Abu Syahamah dikebumikan, pada malamnya Ibnu Abbas Radhiallahu 'Anhuma bermimpi bertemu dengan Rasulullah Sallalllahu 'Alaihi Wasallam yang wajah baginda seperti bulan purnama, berpakaian putih manakala Abu Syahamah duduk di hadapan baginda dengan berpakaian hijau. Setelah itu Rasululah Sallallahu 'Alaihi Wasallam berkata: "Wahai anak bapa saudaraku, sampaikan salamku pada Umar dan beritahu kerpadanya bahawa Allah telah membalas setiap kebajikannya kerana tidak mencuai-cuaikan hak Allah dan suatu kebahagiaan baginya sebab Allah telah menyediakan baginya beberapa mahligai dan beberapa bilik di dalam Jannatun Na'im. Bahawa sesungguhnya Abu Syahamah telah sampai pada tingkatan orang-orang yang benar di sisi Allah Yang Maha Kuasa."
Back to top Go down
View user profile
Fwe
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts : 319
Registration date : 18/01/2008

PostSubject: Re: Salam Sejahtera   Thu Mar 06, 2008 6:50 am

Solat itu sangat penting, semua muslim tahu ttg itu.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud;

"Amal seseorang hamba yang pertama dihisab kelak ialah solat, maka jika solatnya rosak maka amal lainya akan rosak"
-riwayat Tabrani.


terketar2 dan dup dap dup jantung menaip hadis kat atas tu. skrg solat masih tak cukup power. sering lalai dlm sembahyang, lewat waktu dan kdng2 tertinggal sebb xbangun subuh. truk betul. mcmanalah nak buatkan ati ni dahagakan bersolat dan dpt menikmati solat seperti apa yng dirasai oleh org beriman.

nasihat untuk diri sendiri.... "jika xsmyg subuh, usah bicara tentang perjuangan" - (diolah dari ungkapan- jika takut risiko, jgn bicara tentang perjuangan-Anwar Ibrahim)
Back to top Go down
View user profile
Fwe
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts : 319
Registration date : 18/01/2008

PostSubject: Re: Salam Sejahtera   Thu Mar 06, 2008 6:52 am

Solat Subuh bukan perkara main-main
nanti kena vertical suplex ..

petua utk bangun subuh...
sblum tido setkn mind yg kita akn bangun subuh esok..
bacalh doa2 yg cikgu sekolah rendah kita selalu ajr tu..
pesan kt malaikat kt bahu kita tolong kejutkn kita esok..
Insya Allah tido llmbt pn kt akn terjaga utk subuh..
Back to top Go down
View user profile
Fwe
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts : 319
Registration date : 18/01/2008

PostSubject: Re: Salam Sejahtera   Thu Mar 06, 2008 6:57 am

Cakap Orang Tua…


Bila remaja dah tak tahu malu…
Ke mana sahaja Nenek pergi - ke pusat membeli-belah, ke taman permainan membawa cucu-cucu Nenek bermain, di pusat perhentian bas atau MRT - Nenek selalu ternampak remaja bermesra-mesra tanpa segan silu.
Isy… geram betul Nenek tengok budak-budak tu buat ‘muka sardin’ saja walaupun ramai yang menyaksikan mereka berpeluk-peluk dan kadangkala berciuman.
Anak buah Nenek, si Zizah, kelmarin datang ke rumah. Dia bercerita tentang perangai sepasang remaja Melayu, dengan uniform sekolah, bercumbu-cumbuan di perhatian bas sekitar 6.30 petang.
“Betul-betul tak malu Nek. Di perhentian bas tu ramai orang menunggu bas… maklumlah, masa orang pulang kerja… jadi ramai yang melihat mereka. Berpeluk, bercium dan tangan mereka meraba-raba antara satu dengan lain. Saya malu melihatnya,” kata Zizah.
Kadangkala Nenek pun serba salah… nak tegur atau tidak perbuatan mereka tu. Tetapi apabila teringat bagaimana seorang sahabat Nenek, Cik Jenab, dimalukan ketika dia menegur perbuatan sepasang remaja Melayu yang bercumbu-cumbuan di kolong blok rumah Cik Jenab, Nenek takut nak menegur mereka.
Cerita Cik Jenab: “Saya ni tegur mereka. Saya kata, ‘Nak… jangan buat begini. Awak berdua kan masih sekolah. Malu orang lain tengok. Awak berdua peluk-peluk dan cium-cium gini kan tak baik. Dosa tau…
“Awak nak tahu apa reaksi mereka? Si lelaki kata: “Apa mak cik kepoh-kepoh ni… kita orang bukan anak mak cik, bukan cucu mak cik. Sibuk saja orang tua ni.”
“Si perempuan pula menjeling saya dan kata: ‘Jagalah anak cucu sendiri. Entah-entah anak cucu mak cik buat lebih teruk daripada kita orang.’ Lepas tu, mereka terus meinggalkan tempat itu sambil meludah ke arah saya.”
Hmm… mendengar cerita sahabatNenek itu, Nenek jadi takut nak menegur. Bagi Nenek, sudahlah mereka buat dosa, bersikap biadab pula pada orang tua. Dalam hal ini, Nenek rasa apa yang paling penting ialah bimbingan dan didikan agama.
Jika anak-anak mendapat bimbingan agama yang sempurna, sentiasa diingat agar tidak melakukan perbuatan keji itu, insya-Allah anak-anak akan sentiasa waspada dan tidak melakukan perbuatan keji dan berdosa itu.
Yang terpenting, orang tua sendiri mesti tunjukkan contoh terbaik kepada anak-anak. Mudah-mudahan remaja kita akan menjadi anak-anak yang dilengkapi ilmu agama, tahu menjaga maruah keluarga, insya-Allah.
Back to top Go down
View user profile
Fwe
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts : 319
Registration date : 18/01/2008

PostSubject: Re: Salam Sejahtera   Thu Mar 06, 2008 6:58 am

Mengekang keganasan di kalangan remaja Melayu Islam kita…






Kian kerap dada akhbar memaparkan kes mahkamah atau laporan jenayah yang sebahagiannya melibatkan belia Melayu. Kali terakhir, ialah apabila enam orang ditangkap atas tuduhan membunuh pada pagi hari, dan dua daripada mereka didakwa di Mahkhamah Juvena. Jika sabit kesalahan mereka, hukuman maksimumnya ialah digantung sampai mati. Namun, dua yang masih di bawah umur mungkin diberikan keringanan.
Bulan lalu juga dilaporkan lapan orang ditangkap kerana mengedar dadah dan mereka telah didakwa di mahkamah. Mengapakah sesetengah belia tidak menghayati Islam lagi sehingga terjebak ke kancah kerosakan? Ajaran Islam tidak membenarkan penganutnya mengganggu harta milik orang lain atau mencederakan fizikal mereka dengan memukul apatah lagi membunuh, juga tidak dibenarkan menjatuhkan maruah dengan memalukan atau menceroboh kehormatan. Perbuatan tersebut juga adalah satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan.
Amalan beragama masyarakat kita masih berteraskan penyebaran kedamaian dan kesejahteraan, seperti yang difahamkan daripada galakan memberi salam semasa bertemu. Ia bukan sekadar kalimat ’salam’ yang dilafazkan, tetapi menghendaki agar lafaz itu dihayati dalam seluruh kehidupan, tidak terbatas kepada masyarakat sendiri tetapi juga pada masyarakat majmuk dan global.
Demikian juga lafaz salam yang diucapkan setelah melakukan ibadah solat, dengan berpaling ke kiri dan ke kanan. Ia adalah lambang yang menunjukkan bahawa seorang yang beriman hendaklah terus memberikan sumbangan kepada kesejahteraan merupakan asas utama hidup bermasyarakat, masih terdapat ramai yang melakukan jenayah dari kalangan masyarakat Islam.
Tidak keterlaluan jika dikatakan ia merupakan satu cabaran bagi semua - bagaimana kadar jenayah ini dapat dibendung yang akhirnya menjadikan masyarakat kita bebas jenayah. Mereka yang terlibat dalam kes jenayah berat semakin bertambah, peratusan anak Melayu yang ditahan di pusat pemulihan akhlak juga agak tinggi jika dibandingkan dengan jumlah peratusan masyarakat Melayu di negara kita.
Masyarakat lain akan bertanya: apakah agama Islam sebagai agama ’salam’ atau sejahtera yang dianuti gagal menanamkan nilai kedamaian dan keharmonian kepada pengikutnya? Tiada agama di dunia yang bertolak ansur dengan jenayah yang bertentangan dengan nilai kemanusiaan dan boleh menjerumuskan negara ke dalam kebinasaan.
Tidak juga ada sebab mengapa seseorang terlibat dengan jenayah. Kemiskinan tidak menghalalkan orang yang susah mencuri atau merompak, kerana ada skim bantuan yang dimanfaatkan mereka yang memerlukan. Kemarahan yang meluap bukan sebagai alasan untuk memukul atau membunuh orang lain. Kalau pun kemarahan berpunca daripada sikap seseorang yang memalukan atau mengugut, ada saluran undang-undang yang boleh menjadi penyelesaian.
Masyarakat harus dibentuk agar mengikut acuan yang betul berdasarkan nilai keyakinan mereka, dan tidak boleh melakukan sesuka hati sehingga boleh menggugat ketenteraman awam dan menjadi ancaman kepada sesiapa sahaja. Perbuatan tidak bertanggungjawab harus dibanteras dari peringkat akarnya - dari kecil sewaktu asuhan ibu bapa. Pakar psikologi jenayah berusaha sungguh-sungguh mencari punca yang mendorong perlakuan jenayah. Mereka akan cuba melihat latar belakang keluarga dan kaitannya dengan tabiat antisosial.
Mereka juga akan menyelami jiwa perlaku jenayah untuk mengenal pasti motif dan dorongan yang menyebabkannya bertindak liar. Dapat pakar harus menjadi iktibar yang boleh mengukuhkan ikatan kekeluargaan dan membina persekitaran yang baik sehingga jenayah dapat dituntas. Pendekatan Islam ialah melalui pembentukan peribadi, meningkatkan nilai keyakinan beragama atau akidah.
Dengan keyakinan yang kukuh seseorang itu dapat mengelakkan diri daripada menceborohi harta benda, maruah atau membelasah fizikal orang lain, kerana perbuatan itu bercanggah dengan keimanan. Menurut sejarah, Sayidina Umar telah mencuba hati seorang hamba yang menjadi penggembala kambing - memujuknya agar menjualkan seekor kambingnya.
Hamba itu menjawab:
“Saya tak sanggup tanpa izin tuan saya.”
Sayidina Umar menyatakan kepadanya:
“Tuan kamu tidak nampak.”
Hamba itu lantas menjawab:
“Kalau tuan saya tak nampak, Tuhan saya nampak.”
Apa yang dinyatakan penggembala ini adalah tanda keyakinannya kepada yang Maha Esa. Beliau tidak berani melakukan pecah amanah kerana takut kepada akibat yang akan dihadapinya. Sifat ini adalah sesuatu yang tersemai dalam diri, beliau tidak takut kepada insan tetapi lebih takut kepada yang mencipta manusia.
Jika sifat yang dimiliki oleh penggembala yang jujur itu dapat diterapkan dalam diri masyrakat tentunya masalah jenayah akan dapat dikurangkan. Program membanteras jenayah bermula dalam kehidupan berkeluarga. Masyarakat Islam perlu menanam nilai mulia dengan cara yang berkesan.
Asas masyarakat ialah famili atau rumah tangga. Sayangnya, banyak rumah tangga yang bobrok disebabkan perceraian atau sengketa yang berlarutan sehingga menjejas pertumbuhan generasi muda kita. Satu pendekatan baru yang lebih terancang perlu diperkenal untuk memperkukuh rumah tangga Muslim agar setiap anak muda kita menjadi pembina masyarakat.
Sumber: Pasuni Maulan
Back to top Go down
View user profile
Fwe
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts : 319
Registration date : 18/01/2008

PostSubject: Re: Salam Sejahtera   Thu Mar 06, 2008 6:59 am

Antara Muslimah dan Wanita Bebas



Hanya sejak akhir-akhir ini sahaja dunia baru menyedari bahawa terdapat dua golongan wanita. Golongan pertama ialah wanita ‘bebas’ (emancipated women) yang kita temui setiap hari di Barat. Golongan yang satu lagi dapat dilihat dalam siaran Televisyen atau halaman-halaman majalah terbitan baru yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa semasa di Iran, Afghanistan, Syria dan lain-lain negara Muslim.
Bagi wanita ‘bebas’ perkara yang paling utama bagi mereka ialah untuk memperkenalkan diri kepada umum. Untuk tujuan ini mereka mengenakan pakaian yang cantik, memakai alat-alat solek yang menimbulkan ghairah, bekerja sebagai seorang profesional yang mempastikannya mendapat pendapatan yang lumayan dan berusaha sedaya upaya mendapatkan seorang teman lelaki (boy friend) atau suami yangSEGAK, TAMPAN dan BERADA!
Masa lapang bagi wanita ‘bebas’ ini ialah bertemu di ‘cocktail parties’, menari, mendengar muzik, ke pawagam, menonton wayang gambar dan siaran TV, bersukan dan membaca buku-buku sek. Adalah menjadi kebiasaan baginya untuk menyerahkan tubuhnya bila peluang memberangsangkan.
Wanita ‘bebas’ menyetujui badan-badan kebajikan mengambil tugas menjaga orang-orang yang menderita dan miskin kerana masa dan wang yang ada padanya diperuntukkan supaya berseronok seronok dan menikmati kemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh hidup ini.
Bagi wanita bebas katalog industri pelancongan amat menarik perhatiannya dan menjadi impian hidupnya jika dapat melancong ke Bahamas, Las Vegas atau Acapulco.
Back to top Go down
View user profile
Fwe
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts : 319
Registration date : 18/01/2008

PostSubject: Re: Salam Sejahtera   Thu Mar 06, 2008 7:00 am

Kenapa malas?


Orang yang berfikir akan kemarahan marahlah ia, orang yang berfikir akan keresahan resahlah ia, orang yang berfikir kasih sayang datanglah ia kasih sayang.
Itu dia. Semuanya bermula dari apa yang kita fikirkan. Semuanya bermula di kepala. Betul apa yang difikirkan betullah jadinya. Salah yang difikirkan salahlah jadinya.
Apa yang ada di kepala ni pulak datangnya dari hati, apa yang ada di hati itulah yang sampai di kepala, apa yang sampai di kepala itu yang akan cuba direalitikan oleh diri. Apa yang cuba direalitikan oleh diri itulah sebenarnya kita.
Kalau kita meletakkan perkataan malas di hati, perkataan itulah yang sampai di kepala dan perkataan itulah yang menguasai diri, maka jadilah kita orang yang malas.
Kalau kita meletakkan perkataan menyampah, sakit hati, riak, sombong, takabur, dan segala macamlah yang negatif-negatif. Perkataan-perkataan itulah yang akan sampai ke kepala, dan perkataan-perkataan itulah juga yang akan menguasai diri. Maka jadilah kita seorang yang menyampah tak pasal-pasal. Kalau ada pasal tak apa, jadilah kita si penyakit hati, riak, sombong, takabur dan segala macamnya lagi. Nampak, semuanya bermula dari hati.
Seorang wanita berstatus suri rumah menulis begini lebih kurang; “Saya seorang suri rumah, ada empat orang anak, tapi saya selalu bangun tidur lewat, selalu mencecah 10 pagi gitu. Bila dah sepuluh pagi selalunya terus tak sembahyang Subuh. Macam mana caranya supaya saya boleh bangkit awal Dr. Tuah oiiii.”
Tu dia, soalannya. Agak-agak sebab apa jadi macam tu? Senang je, sebab tak letakkan nak bangkit awal di hati, maka yang sampai di kepala ialah tak perlu bangkit awal. Maka keseluruhan diri pun jadilah seperti apa yang dikehendaki itu.
Alangkah orang yang memang nak bangun awal kadang-kadang bunyi jam tak dengar, ini kan pulak memang tak ada niat nak bangun awal, bunyi gajah menjerit pun tak sedar.
Jadi, jawapan saya lebih kurang pada suri rumah tu tadi, saya sarankan supaya letakkan di hati awal-awal bahawa memang nak bangun awal sebab nak sembahyang Subuh sebelum tidur.
Kita sembahyang disuruh berniat. Kita nak puasa disuruh berniat. Pasal apa semua benda kena niat kalau nak jadikan ia ibadah, sebab the power of niat is so great.
Sumber: Dr. Hm Tuah Iskandar Al-Haj
Back to top Go down
View user profile
Fwe
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts : 319
Registration date : 18/01/2008

PostSubject: Re: Salam Sejahtera   Thu Mar 06, 2008 7:06 am

Ya Allah...

Aku sedar aku hanya hambaMu yang tersangat lemah.Aku tetap hambaMu dan Engkau tetap tuhanku.Berilah aku ketenangan di hati ini ya Allah...Aku tidak terdaya lagi menghadapi segala dugaan yang telah diberi tanpaMu ya Allah...Dan aku juga mengerti bahawa setiap kejadian ada hikmah di sebaliknya.Aku sedar aku telah banyak berbuat dosa.Terutama sekali denganMu ya Allah...Ya Allah...Bukalah hati ku yang sangat busuk ini.Yang sangat keras ini.Yang teramat payah untuk ku mengubah nya.Izinkanlah aku mempunyai hati yang lembut.Hati seperti Siti Khadijah.Naluri sepertinya.Segala-gala nya seperti hambaMu yang tercinta itu.Berilah aku petunjukMu ya Allah...Hanya engkau sahaja yang aku perlu.Tiada sesiapa lagi kecuali engkau ya Allah...Bantulah aku ya Allah dan juga hamba-hambaMu yang lain.Tenangkanlah hati kami.Dan berilah kami ruang untuk bernafas dengan tenang seperti hamba-hambaMu yang tercinta.Tolonglah ya Allah...
Back to top Go down
View user profile
FiNe
Member Kamcing Blue-T Kids
Member Kamcing Blue-T Kids


Number of posts : 5549
Age : 20
Localisation : Sepang, Selangor
Registration date : 14/09/2007

PostSubject: Re: Salam Sejahtera   Thu Mar 06, 2008 9:54 pm

Princess wrote:
Assalamualaikum. Hanya hendak berkongsi dengan sahabat2 satu kisah teladan Saidina Umar r.a.

wassalam..
sila2
Back to top Go down
View user profile
LuckyAzZ
Best Fren Blue-T Kids
Best Fren Blue-T Kids


Number of posts : 733
Age : 21
Localisation : Kelantan Darul Naim
Registration date : 11/01/2008

PostSubject: Re: Salam Sejahtera   Fri Mar 07, 2008 12:52 am

kau baca ke tak Iffah???
Back to top Go down
View user profile
FiNe
Member Kamcing Blue-T Kids
Member Kamcing Blue-T Kids


Number of posts : 5549
Age : 20
Localisation : Sepang, Selangor
Registration date : 14/09/2007

PostSubject: Re: Salam Sejahtera   Fri Mar 07, 2008 4:33 am

aku pnat r..
kau??!
Back to top Go down
View user profile
*Nina*
Best Fren Blue-T Kids
Best Fren Blue-T Kids


Number of posts : 665
Age : 20
Localisation : Bumi MaLaYsIa
Registration date : 16/02/2008

PostSubject: Re: Salam Sejahtera   Mon Mar 10, 2008 3:38 am

aku baca sume..
Back to top Go down
View user profile http://noteinmydiaryz.blogspot.com
LuckyAzZ
Best Fren Blue-T Kids
Best Fren Blue-T Kids


Number of posts : 733
Age : 21
Localisation : Kelantan Darul Naim
Registration date : 11/01/2008

PostSubject: Re: Salam Sejahtera   Mon Mar 10, 2008 3:50 am

'iffah' wrote:
aku pnat r..
kau??!

tak baca pun....
kalau banyak sangat jd sakit mata...
Back to top Go down
View user profile
FiNe
Member Kamcing Blue-T Kids
Member Kamcing Blue-T Kids


Number of posts : 5549
Age : 20
Localisation : Sepang, Selangor
Registration date : 14/09/2007

PostSubject: Re: Salam Sejahtera   Tue Mar 11, 2008 9:08 am

same r..
klau pndek jer aku bace
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Salam Sejahtera   Today at 1:02 pm

Back to top Go down
 
Salam Sejahtera
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Blue-T Kids :: Ana Muslim :: Sahabat Ana Muslim-
Jump to: