Blue-T Kids

Kelab Sahabat Ana Muslim, Sayang Muslim & Blue-T Kids
 
HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  Log inLog in  

Share | 
 

 terapi solat

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
NUR @FIQaH
Best Fren Blue-T Kids
Best Fren Blue-T Kids


Number of posts : 898
Age : 20
Localisation : taman lembah maju
Registration date : 08/03/2008

PostSubject: terapi solat   Thu Nov 20, 2008 6:05 am

KAJIAN saintifik tiga pensyarah Universiti Malaya membuktikan solat yang
diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian
tetapi terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental
terutama meningkatkan tahap kesihatan manusia.

SOLAT sebagai rukun Islam yang wajib dilakukan setiap umat Islam sudah
banyak dikaji dari sudut kerohanian.

Bagaimanapun, pernahkah kita berfikir mengenai pengertian setiap gerakan
solat seperti qiyam, rukuk, sujud, duduk antara dua sujud serta tahiyat
awal dan tahiyat akhir.


Adakah gerakan itu hanya sekadar gerakan tubuh yang tidak mempunyai makna?

Kajian sains moden mendedahkan bahawa amalan yang dilakukan lima kali
setiap hari bukan hanya suatu amalan kerohanian yang mendekatkan hamba
kepada penciptanya. Kehebatan solat ternyata memanfaatkan tubuh manusia.

Hasil kajian saintifik membuktikan kewajipan terhadap setiap umat Islam
mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental manusia.

(Embedded image moved to file: pic12382.jpg)


Ng Siew Chok memakaikan topi elektrod untuk mengkaji gelombang otak.




Lebih membanggakan bukti itu diperoleh hasil kajian anak tempatan, termasuk
seorang bukan Islam. Mereka adalah pensyarah Jabatan Kejuruteraan
Biomedikal di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) yang diketuai
Profesor Madya Dr Fatimah Ibrahim bersama Profesor Wan Abu Bakar Wan Abas
dan Ng Siew Cheok.

Penggerak kajian ini ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad
Badawi dan melalui geran Jabatan Perdana Menteri (JPM), kajian itu
bermatlamat menentukan nilai terapeutik solat terhadap mereka yang
melakukan solat, termasuk dari segi sistem kardiovaskular, komposisi tubuh,
isyarat otak dan aktiviti otot.

Dr Wan Abu Bakar ketika memperjelaskan kajian itu berkata, mereka adalah
jurutera bioperubatan yang mengkaji tubuh manusia dari segi kejuruteraan.

Katanya, kajian itu cuba melihat apa yang sebenar berlaku kepada fizikal
dan mental manusia ketika melakukan solat.



(Embedded image moved to file: pic17421.jpg)


SOLAT terbukti mempunyai hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental
manusia.





“Kajian dibahagikan kepada beberapa bahagian, iaitu saya mengkaji aktiviti
otot, Siew Chok mengkaji isyarat otak, iaitu apa yang berlaku kepada
gelombang otak ketika solat. Dr Fatimah mengkaji komposisi tubuh,” katanya.


Beliau berkata, hasil kajian mendapati bahawa ada banyak perkara positif
apabila seseorang melakukan solat dan ini dimuatkan dalam buku `Solat:
Kebaikan Dari Perspektif Sains’ terbitan Jabatan Kejuruteraan Biomedikal.
Buku ini mempunyai dua versi, bahasa Melayu dan Inggeris.

Setakat ini, kajian itu adalah yang pertama dilakukan secara saintifik di
negara ini. Bagaimanapun, sudah ada beberapa kajian yang sama, tetapi tidak
menyeluruh dan lengkap seperti yang dilakukan UM.

Seorang doktor perubatan dari Indonesia, Prof Dr Moh Sholeh, melakukan
kajian khusus terhadap solat tahajud.

Beliau mengambil sampel darah, hormon tekanan (stress) dan imuniti dalam
badan. Selepas tiga bulan melakukan solat, sampel diambil lagi dan didapati
imuniti meningkat dan hormon tekanan menurun. Rumusannya solat tahajud
boleh merawat barah.

Kajian lain dilakukan oleh tiga doktor perubatan dari Universiti Hokkaido
di Jepun, iaitu Mohammed Faruque Reza, Yuji Urakami dan Yukio Mano, yang
mendapati bahawa posisi tubuh (posture) solat boleh merawat warga tua yang
sakit tulang.

Dr Wan Abu Bakar berkata, kajian sepatutnya berakhir tahun ini, tetapi
jabatan mempunyai beberapa cadangan baru bagi memperluaskan kajian itu.

Memperjelaskan kajian lanjutan itu, Dr Fatimah yang mengetuai kajian
berkata antara bidang baru yang akan dikaji ialah mengenai perbezaan solat
antara orang biasa dan ulama.

“Kajian itu akan mengkaji isyarat otak ulama dan orang biasa ketika
bersolat. Adakah isyarat otak orang alim adalah lebih tenang berbanding
orang biasa kerana kita menjangka mereka memahami bahasa al-Quran,”
katanya.

Bagaimanapun, katanya sukar untuk mendapat ulama secara sukarela menyertai
ujian ini. Beliau memberi jaminan bahawa identiti mereka yang menyertai
ujian dirahsiakan dan hanya dinyatakan sampel adalah dari kumpulan
tertentu.

Berbanding kajian awal yang mengesahkan solat memberi banyak kebaikan
kepada kesihatan manusia, katanya kajian lanjutan memperjelaskan proses
solat merawat pelbagai penyakit.

Mengambil Erektil Disfungsi (ED) atau mati pucuk sebagai contoh, katanya
kajian awal yang dilakukan mengesahkan bahawa solat memberi kesan positif
untuk merawat ED, tetapi mereka ingin mengkaji cara gerakan solat merawat
penyakit itu.

t
Back to top Go down
View user profile http://www.crunchyroll.com/user/ikkina
mika_eclipse
Member Kamcing Blue-T Kids
Member Kamcing Blue-T Kids


Number of posts : 2236
Age : 22
Registration date : 23/09/2008

PostSubject: Re: terapi solat   Thu Nov 20, 2008 9:01 am

ooohhh....
thanks for the information.... Very Happy Smile Surprised Cool
Back to top Go down
View user profile http://www.crunchyroll.com/user/nueike
HinaTa
Member Kamcing Blue-T Kids
Member Kamcing Blue-T Kids


Number of posts : 1861
Age : 19
Registration date : 21/09/2008

PostSubject: Re: terapi solat   Thu Nov 20, 2008 7:49 pm

ooowh...
terima kasih... lol! lol!
Back to top Go down
View user profile
NUR @FIQaH
Best Fren Blue-T Kids
Best Fren Blue-T Kids


Number of posts : 898
Age : 20
Localisation : taman lembah maju
Registration date : 08/03/2008

PostSubject: Re: terapi solat   Thu Nov 20, 2008 9:04 pm

sama222
Back to top Go down
View user profile http://www.crunchyroll.com/user/ikkina
HinaTa
Member Kamcing Blue-T Kids
Member Kamcing Blue-T Kids


Number of posts : 1861
Age : 19
Registration date : 21/09/2008

PostSubject: Re: terapi solat   Thu Nov 20, 2008 10:06 pm

cheers
Back to top Go down
View user profile
FiNe
Member Kamcing Blue-T Kids
Member Kamcing Blue-T Kids


Number of posts : 5549
Age : 20
Localisation : Sepang, Selangor
Registration date : 14/09/2007

PostSubject: Re: terapi solat   Fri Nov 21, 2008 12:06 am

Fatehah wrote:
ooohhh....
thanks for the information.... Very Happy Smile Surprised Cool

yup2
Back to top Go down
View user profile
HinaTa
Member Kamcing Blue-T Kids
Member Kamcing Blue-T Kids


Number of posts : 1861
Age : 19
Registration date : 21/09/2008

PostSubject: Re: terapi solat   Fri Nov 21, 2008 12:34 am

btul2
Back to top Go down
View user profile
Sindarela
Member Kamcing Blue-T Kids
Member Kamcing Blue-T Kids


Number of posts : 1466
Registration date : 18/03/2008

PostSubject: Re: terapi solat   Fri Nov 21, 2008 7:43 am

terima kasih kak afiqah Smile
Back to top Go down
View user profile
HinaTa
Member Kamcing Blue-T Kids
Member Kamcing Blue-T Kids


Number of posts : 1861
Age : 19
Registration date : 21/09/2008

PostSubject: Re: terapi solat   Fri Nov 21, 2008 7:53 pm

btul2
Back to top Go down
View user profile
Sindarela
Member Kamcing Blue-T Kids
Member Kamcing Blue-T Kids


Number of posts : 1466
Registration date : 18/03/2008

PostSubject: Re: terapi solat   Fri Dec 26, 2008 5:48 pm

terima kasih
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: terapi solat   Today at 12:58 pm

Back to top Go down
 
terapi solat
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Blue-T Kids :: Ana Muslim :: Sahabat Ana Muslim-
Jump to: