Blue-T Kids

Kelab Sahabat Ana Muslim, Sayang Muslim & Blue-T Kids
 
HomeHome  FAQFAQ  SearchSearch  RegisterRegister  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  Log inLog in  

Share | 
 

 citer sedih..

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
syikin
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts : 111
Age : 19
Registration date : 18/02/2009

PostSubject: citer sedih..   Wed Feb 18, 2009 11:42 pm

Adik dan Palestin
Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adikmengantuk
sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi. Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri.Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk,walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu.Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru.


Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melaluidenai-denai
kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar AllahuAkbar,La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adikkhusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga,lagak sepertibilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik. Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual tentang syahid, Yassier Arafat dan lain-lain lagi. Nama negara
adik pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma mendengar.


Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar,tersergam indah. Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa.Walid pernah beritahu adik,Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini. Adik buka kasut dan masuk ke perut masjid.Adik lihat ramai orang. Semuanya duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid,kemudian walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik berdiri betul-betul dekat dengan walid. Adik pandang walid.
Bila walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa yang adik baca. Walid rukuk,adik rukuk. Walid sujud,adik sujud.


Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas, hirup dalam-dalam udara pagi. Tiba-tiba ketenangan itu diragut. Adik nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan.Walid dukung adik erat sambil melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata. Kaki walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan
tangan walid longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur satu persatu dari tubir kelopak mata adik. Walid pandang adik. Walid cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid kaku.

"Waliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!"


Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok adik.Adik sebut nama walid berkali-kali.


Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik. Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk di penjuru dinding juga menangis. Abang dah besar. Umur abang enam belas tahun. Abang pergi dekat walid,abang peluk dan cium walid. Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah. Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi.Adik tanya ummi, mana perginya walid. Diam. Adik tanya lagi sambil menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid
pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk.

"Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum.


Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk diam dan tengok.Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja. Adik menguap berkali-kali.Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang kerja. Tidak keletah adik dibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek. Sedang adik seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik
masam. Adik tarik muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik. Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya bola seperti yang disangka adik. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi.Merajuk.

Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid,mata adik berkaca. Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak boleh menanggis, orang lelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang sedang bersiap-siap.Abang galas beg besar. Semua benda yang abang buat semalam abang bawa. Benda ulat seperti bola pun abang bawa. Kawan-kawan abang semuanya sedang menungu di depan rumah. Abang cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang,cium abang berkali-kali. Adik cuma memandang dengan mata
terkebil-kebil. Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang dukung adik,usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan abang."Abang nak pergi mana" tanya adik seperti orang bodoh. "Abang nak pergi berjuang".Abang mengukir senyuman mengakhiri bicara.


Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik mengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi ummi cerita macam-macam perkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan banyak lagi. Semuanya adik tidak faham. "Isra..Israfil." terkial-kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan Israfil. Israfilkan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala. Israel." Ummi membetulkan sebutan adik. "Is.ra.el" akhirnya adik berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil.Adik ikut ketawa menampakkan sebaris gigi adik yang ronggak. Ummi kata
Israel jahat. Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yang mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid. Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.


Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram. Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata. Terbayang di kepala adik peristiwa yang menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan adik yang lain; membaling batu.Kadang-kadang kami lari apabila tentera itu menyerang balas. Ada juga
kawan-kawan adik kena tembak. Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka
merah berlumuran darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya Jamal.Dia juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji dengan Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya.



Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur.Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut adik mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi tapi adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang baru menyuapkan roti ke mulutnya
tersentak. Ummi keluarkan semula roti dari mulutnya dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan gelojoh.

"Ummi, kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi mengelus lembut rambut adik. "Kita kena sabar sebab sabar itu cantik" ujar ummi perlahan.

"Cantik macam syurga ker ummi?" adik tanya lagi.
Ummi senyum."Nabi Muhammad pun hidup susah juga. Baginda dilontar batu ketika
menyebarkan dakwah di Taif. Malahan kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar,nabi tak cepat putus asa" sambung ummi lagi. Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak jadi baik macam Nabi Muhammad. Nama adik pun Muhammad. Walid yang cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi Muhammad.


Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-Quran.Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang-kadang serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas ketika hendak membaca Al-Quran."Bismillahirrahmanirrahim.."

Adik baca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Adik baca kitab Allah itu dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik. Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran. Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau hendak khatam Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi. Ummi kata Al-Quranlah satu-satunya harta yang paling berharga. Adik ingin baca Al-Quran hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-Quran.

Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi dilaung-laungkan dari luar.
"Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati syahid"muncul Mak Cik Fatima didepan rumah.
"Anakmu,anakmu adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda. Tindakannya menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh. Yassin dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga menanti mereka kelak" terang Mak Cik Fatima panjang lebar.


Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil.bukan..Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan adik meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut walid. Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang. Adik masuk tidur awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak walid dan abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang.


Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang dijanjikan. Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga. Hampir setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik tidak suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah satu ciri org munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak mahu jadi munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang lain. Rupa-rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya. Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid,kemudian
abang dan akhirnya Jamal.

Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik nampak ummi terpelosok di satu sudut. Adik lihat dengan mata adik sendiri, tentera itu tending ummi. Mereka sepak dan terajang ummi. Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak putus-putus menyebut satu kalimah keramat..Ahad..Ahad. Mata adik merah. Adik menahan marah. Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. Adik benci Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi dengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar terpancar di wajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba-tiba.....


"Muhammad!!!!!!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh adik. Badan adik berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut adik. Adik rasa sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik telah korbankan tubuhnya untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru itu merobek perut adik yang tidak berdosa. Ummi peluk adik. Ummi menangis semahu-mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit.


"Ummi.adik rasa mengantuk,adik nak tidur.Adik nak jadi mujahid,adik nak ikut
walid dan abang" terketar-ketar suara adik kedengaran di cuping telinga ummi. Ummi angguk,berusaha sedaya upaya untuk menahan air mata daripada jatuh bercucuran.Adik pejam mata. Adik nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik.
Back to top Go down
View user profile
mika_eclipse
Member Kamcing Blue-T Kids
Member Kamcing Blue-T Kids


Number of posts : 2236
Age : 22
Registration date : 23/09/2008

PostSubject: Re: citer sedih..   Fri Feb 20, 2009 12:02 am

Sad Sad Sad

ni terjadi btul.....kan?
Back to top Go down
View user profile http://www.crunchyroll.com/user/nueike
syikin
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts : 111
Age : 19
Registration date : 18/02/2009

PostSubject: Re: citer sedih..   Fri Feb 20, 2009 2:33 am

x tahu laa btul ke x....
aq ambek dr kakak aq punye pendrive..
Sad Sad
Back to top Go down
View user profile
HinaTa
Member Kamcing Blue-T Kids
Member Kamcing Blue-T Kids


Number of posts : 1861
Age : 19
Registration date : 21/09/2008

PostSubject: Re: citer sedih..   Fri Feb 20, 2009 5:20 am

sedih btul..hurmm Crying or Very sad Crying or Very sad
Back to top Go down
View user profile
syikin
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts : 111
Age : 19
Registration date : 18/02/2009

PostSubject: Re: citer sedih..   Fri Feb 20, 2009 6:01 am

Sad Sad Sad
Back to top Go down
View user profile
HinaTa
Member Kamcing Blue-T Kids
Member Kamcing Blue-T Kids


Number of posts : 1861
Age : 19
Registration date : 21/09/2008

PostSubject: Re: citer sedih..   Fri Feb 20, 2009 6:58 am

oiii..
jgn post xfaedah..
klau moderator nmpk habis la..
Back to top Go down
View user profile
syikin
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts : 111
Age : 19
Registration date : 18/02/2009

PostSubject: Re: citer sedih..   Fri Feb 20, 2009 7:01 am

yeke??
sori2..

sedihnyer.. Sad Sad Sad
Back to top Go down
View user profile
HinaTa
Member Kamcing Blue-T Kids
Member Kamcing Blue-T Kids


Number of posts : 1861
Age : 19
Registration date : 21/09/2008

PostSubject: Re: citer sedih..   Fri Feb 20, 2009 7:24 am

ok..jgn wat agi tau..
Back to top Go down
View user profile
NUR @FIQaH
Best Fren Blue-T Kids
Best Fren Blue-T Kids


Number of posts : 898
Age : 20
Localisation : taman lembah maju
Registration date : 08/03/2008

PostSubject: Re: citer sedih..   Fri Feb 20, 2009 10:39 am

tpi nih faedah gak...ya allah siannyer Sad Sad Sad Sad Sad Sad SadSadSadSadSad
Back to top Go down
View user profile http://www.crunchyroll.com/user/ikkina
syikin
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts : 111
Age : 19
Registration date : 18/02/2009

PostSubject: Re: citer sedih..   Fri Feb 20, 2009 10:16 pm

PrinCess YuyUn wrote:
ok..jgn wat agi tau..

yes sir!!
Back to top Go down
View user profile
NUR @FIQaH
Best Fren Blue-T Kids
Best Fren Blue-T Kids


Number of posts : 898
Age : 20
Localisation : taman lembah maju
Registration date : 08/03/2008

PostSubject: Re: citer sedih..   Sun Feb 22, 2009 4:03 am

hahaha....per la bole wat lwk lak... No No No No No No
Back to top Go down
View user profile http://www.crunchyroll.com/user/ikkina
syikin
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts : 111
Age : 19
Registration date : 18/02/2009

PostSubject: Re: citer sedih..   Mon Feb 23, 2009 6:22 am

hahaha..
pe yg lwk sbnrnye??
aq suke sje2 je..
Back to top Go down
View user profile
HinaTa
Member Kamcing Blue-T Kids
Member Kamcing Blue-T Kids


Number of posts : 1861
Age : 19
Registration date : 21/09/2008

PostSubject: Re: citer sedih..   Mon Feb 23, 2009 6:36 am

yup..uuui..sdh la..cite tu
Back to top Go down
View user profile
NUR @FIQaH
Best Fren Blue-T Kids
Best Fren Blue-T Kids


Number of posts : 898
Age : 20
Localisation : taman lembah maju
Registration date : 08/03/2008

PostSubject: Re: citer sedih..   Mon Feb 23, 2009 9:01 pm

xde yg len ka
Back to top Go down
View user profile http://www.crunchyroll.com/user/ikkina
syikin
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts : 111
Age : 19
Registration date : 18/02/2009

PostSubject: Re: citer sedih..   Wed Feb 25, 2009 7:45 am

ade...
tp english punye...
Back to top Go down
View user profile
syikin
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts : 111
Age : 19
Registration date : 18/02/2009

PostSubject: Re: citer sedih..   Wed Feb 25, 2009 8:09 am

Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter pejabat Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai dalam senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini."Tapi pak cik kena bayar segera bahagian mak cik yang masih tak cukup tiga ribu lagi tu. Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti dibuat,"beritahu pegawai itu lagi."Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera," janji Pak Uwei.

Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri kesayangannya. Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah."Pah...oo..Pah!" teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya. "Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?" tanya Mak Pah."Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana.Tak sabar betul saya,rasa macam Kaabah
tu dah melambai-lambai,"cerita Pak Uwei dengan wajah berseri-seri.

"Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah tak dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai." "Betullah Pah oii...saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji.Cuma duit bahagian awak tu kena bayar segera selewat-lewatnya minggu depan."

"Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit,itu pun lepas duit tambang. Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam seribu." Mak Pah merenung gusar wajah suaminya."Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis.Takkanlah mereka tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja." Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri. Dia yakin anak- anaknya yang dua orang itu tidak akan menghampakan harapannya.

"Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita berunding," cadang Pak Uwei. "Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu.Tak elok kita menyusahkan anak-anak bang.Lagipun apa pula kata menantu kita nanti nak ke Mekah minta duit anak-anak." Mak Pah tidak bersetuju dengan rancangan Pak Uwei."Pah... Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita. Kita dah besarkan mereka,hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka.Tak usahlah awak bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita kali ni." Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada anaknya. "Tapi bang..." "Dahlah...pegi siapkan kerja awak tu, tak
usah nak risau tak tentu hala.Saya nak telefon budak-budak tu," pintas Pak Uweisebelum Mak Pah melahirkan kebimbangannya. Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan yang dia akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya. Dia hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya."Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm...abah nak Kis suruh Intan balik sama?" tanya Balkis."Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz. Intan tu ada ke tidak ke, sama aje. Balik ya...," balas Pak Uwei.Bukan dia membeza-bezakan anak-anaknya tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia geram. Sudahlah malas belajar tidak seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah.Kalau ditegur sepatah,sepuluh patah tidak menjawab. Masih Pak
Uwei ingat gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang mereka bertengkar besar tiga tahun lalu.Kini hubungan mereka seperti orang asing.

"Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu.Abah mahu kau sambung belajar lagi." Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak bekerja kilang."Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang.Kerja kilang pun bukannya haram." bantah Intan menaikkan darah Pak Uwei."Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan?Kau nak bebas macam tu?" "Itulah abah, selalu nampak yang buruk aje.Bukan semua yang kerja kilang duk kat KL tu jahat abah. Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh abah." Intan cuba membuat abahnya faham."Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau. Cuba kau tengok Balkis tu tak pernah dia membantah cakap macam kau ni!""Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah,Intan suka berterus terang kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan membebel kat belakang,"balas Intan selamba menyemarakkan bara dalam dada abahnya."Anak tak mendengar kata, ikut suka kaulah.Kalau kau nak pergi,pergi ...aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke,telangkup ke, gasak kaulah.Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!"

Sejak kejadian itu Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa yang Intan nak buat.Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti,dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak memperdulikannya. Intan selalu menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja. RIANG hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya.Malam itu selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isya`,mereka duduk berborak di ruang tamu. "Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni ada hajat sikit," Pak Uwei memulakan bicara. "Hajat apa pula abah?" tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.

"Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai.Memandangkan bahagian mak kau masih belum cukup lagi abah nak minta kau dan Balkis bantu sikit.Tak banyak,dua ribu seorang cukuplah," Pak Uwei mengutarakan hasratnya."Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru aje keluarkan wang simpanan buat duit
muka beli rumah.Sebulan dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan," ujar Muaz. "Tapi...pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat-lewatnya minggu depan." "Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat.Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan budak-budak ni Az keluarkan," jawab Muaz serba salah."Kau beli rumah lagi, rumah yang ada tu kau nak buat apa?" tanya Pak Uwei melindungi kekecewaannya.

"Rumah baru tu besar sikit abah. Selesalah buat kami sebab budak-budak tu pun dah besar masing-masing nak bilik sendiri.Lagipun beli rumah tak rugi abah, pelaburan masa depan juga," sampuk Mira isteri Muaz. Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis."Kamu macam mana Kis, boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki berbuah durian kat dusun kita tu nanti," Pak Uwei berpaling
pada Balkis."Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man.Tengah gawat ni faham ajelah... ni tak lama lagi nak bersalin nak pakaiduit lagi." Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapanBalkis."Man bukan tak nak tolong abah. Kalau nak pinjam duit kad
kredit boleh.Tapi yelah kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman." "Betul kata Man tu abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok," sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan menghampakannya."Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi," Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan. "Kalau nak pergi sendiri dah lama saya pergi Pah.Tak payah saya tunggu lama-lama. Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-sama tak pergi...dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?" Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal.Intan tahu abahnya benar-benar kecewa.Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan mengecewakannya begitu.

"Anak awak tu tak balik ke?" tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama abang dan kakaknya."Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti," balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya. "Nak ke mana pulak tu?" tanya Pak Uwei melihat Mak Pah bersiap-siap. "Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya kuih lepat ubi kegemarannya." Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebut anaknya.Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak.



*bersambung...
Back to top Go down
View user profile
syikin
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts : 111
Age : 19
Registration date : 18/02/2009

PostSubject: Re: citer sedih..   Wed Feb 25, 2009 8:09 am

PAGI Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar."Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?" "Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye." "Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan," suruh Mak Pah."Tak payah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni.Nanti bising pula abah tu. Intan pergi dulu." Mak Pah menggeleng memerhatikan Intan berlalu. Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati membuat anaknya itu menyisihkan diri. Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari."Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. Ni abah kau ada beli
ikan baung salai, mak masak lemak cili api." "Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya," usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan. “Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak,cuma anak-anak aje yang lupakan mak bapak," jawab Pak Uwei sinis. Intan tersenyum pahit.Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu.
Abahnya sedang membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain."Mak, abah... Intan ada hal sikit nak cakap ni...,"ujar Intan menghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca."Apa hal... kamu nak kahwin ke?" soal pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya. Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama,riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu."Abah ni... ke situ pulak...." "Habis tu?" "Ini... kad Tabung Haji mak.Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ni resit memasukkan duit ke akaun mak.Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek mak dan abah.Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti."Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei. "Apa??" Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di tangannya bagai tidak percaya."Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu.Duit hasil titik peluh Intan yang halal abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah. Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat abah.Dah banyak kali abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak sihat.Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap abah sudi terima pemberian Intan," tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni
pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia. "Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu... dulu abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi tapi akhirnya anak abah yang kerja kilang yang membantu abah,"luah Pak Uwei sambil mengesat airmata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini dimusuhinya. "Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan gembira abah sudi terima pemberian Intan." "Pemberian kau ni terlalu terlerai bagi abah dan mak kau Intan...," ujar Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat. "Hah... tulah,jangan suka memperkecil-kecilkan anak saya ni," Mak Pah mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh kesyukuran."Mak ni...," gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.

MASA yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembira bercampur hiba. "Semua dah siap ke mak?" tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah. "Dah rasanya... ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana nanti?" "Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak. Yang penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna.""Hah, awak dengar tu...kita ni nak pergi menunaikan ibadah bukan nak membeli-belah," tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua-beranak itu."Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat," pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan.Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu.

HANYA dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan terselit rasa tidak sedap di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di tanah suci. Intan tidak berkata sepatah pun tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh."Kenapa resah aje ni bang?" Mak Pah terjaga."Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita.""Sabarlah dah nak sampai dah ni," pujuk Mak Pah. Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka. "Mak... abah...," Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan airmata menitis laju."Mana yang lain ni, kamu berdua aje?"
Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan. "Mereka menanti di rumah, abah,"beritahu Azman suami Balkis sambil mencium tangan Pak Uwei. "Intan pun tak datang juga ke?" tanya Pak Uwei terasa hampa. "Awak ni... kan Man dah kata mereka menunggu di rumah."Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya.

Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena. "Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan.Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati." cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman.Muaz mengerling Azman yang sedang memandu."Tentulah abah ingatkan
Intan, sebab Intan yang bagi dia duit," balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu. "Tapi abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi abah tu abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap pun hanya renung abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?" "Err... tak ada abah.Kita berhenti minum dulu abah, tentu mak haus," ajak Azman."Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik,"tolak Pak Uwei. Azman dan Muaz hanya berpandangan.

SEBAIK turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long Basri yang bertakbir menambah sayu.Semua yang ada menitiskan air mata."Mak dengan abah sihat ke?" tanya Mira setelahbersalaman dengan ibubapa mentuanya. "Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?" Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan. "Naik dulu Ngahnya...," suruh Long Semah. "Intan mana?" Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tanggu menuju bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas baru yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar."Az... mana Intan? Mana adik kau Az?" tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu. "Sabar abah...," Muaz menggosok belakang abahnya."Kenapa Az...kenapa?" Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari
pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan."Mak... Intan dah tak ada mak," Balkis tersedu memeluk emaknya yang terduduk lemah.

Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu.Mak Pah terus pengsan.Bila dia terjaga dia melihat anak menantu mengelilingnya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya. "Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergi pun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai," pujuk Long Semah yang masih belum pulang."Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak.Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedihatas pemergiannya.Dia minta kita doakan dia," Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah yang tersedu."Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?" tanya Mak Pah."Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak.Sebenarnya dia ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah. Mak dan abah nak balik. Masa sampai tu dia sihat lagi
tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat Isya` dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba.Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal subuh hari Jumaat mak... tiga hari lepas.Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak,"cerita Muaz.Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya,terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka. Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan,"Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, mak dan abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat."
Back to top Go down
View user profile
HinaTa
Member Kamcing Blue-T Kids
Member Kamcing Blue-T Kids


Number of posts : 1861
Age : 19
Registration date : 21/09/2008

PostSubject: Re: citer sedih..   Sat Feb 28, 2009 5:38 am

panjg nye..tp isinye elok dbace
Back to top Go down
View user profile
mika_eclipse
Member Kamcing Blue-T Kids
Member Kamcing Blue-T Kids


Number of posts : 2236
Age : 22
Registration date : 23/09/2008

PostSubject: Re: citer sedih..   Sat Feb 28, 2009 7:31 am

heerrm....cdey r gak..huhuhu... Sad Sad Sad
Back to top Go down
View user profile http://www.crunchyroll.com/user/nueike
FiNe
Member Kamcing Blue-T Kids
Member Kamcing Blue-T Kids


Number of posts : 5549
Age : 20
Localisation : Sepang, Selangor
Registration date : 14/09/2007

PostSubject: Re: citer sedih..   Sat Feb 28, 2009 4:18 pm

btl 2
Back to top Go down
View user profile
syikin
Geng Blue-T Kids
Geng Blue-T Kids


Number of posts : 111
Age : 19
Registration date : 18/02/2009

PostSubject: Re: citer sedih..   Fri May 07, 2010 10:24 am

memang lah...
name topik 'citer sedih' doh...
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: citer sedih..   Today at 12:59 pm

Back to top Go down
 
citer sedih..
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Blue-T Kids :: Ana Muslim :: Sahabat Ana Muslim-
Jump to: